20 May 2011

Tribute to them (17 gambar)

Ok, lepas ni semua nak tinggalkan Batang Kali. Tak ada la lepas ni aktiviti-aktiviti macam tengok bola kat kedai mamak sambil makan roti telur (gulung-gulung tangan), mandi sungai, main futsal, lepak kat padang, piknik, tengok wayang, kutuk-kutuk member sendiri kat facebook, dan mungkin juga tak ada siapa yang online. Damn, this is so sad.

Ramai yang nak pergi sambung belajar. Aku dengan sebilangan kecil je yang berkemungkinan stay Batang Kali dan jadi anak jati Batang Kali sampai kitorang ambil degree (tinggi cita-cita woihh!). Tak apa la, masing-masing ikut haluan masing-masing. Semua dok mengejar cita-cita.

Do the best guys. Belajar rajin-rajin. Kita memang berjauhan, tapi hati kita tetap bersatu..

Malam ni, buat kali yang penghabisan sebelum korang berangkat jauh dari pedalaman hulu ni. Dapat juga kita lepak makan roti canai sambil tengok bola. Walaupun tak ramai, tapi aku puas la juga. Lepas ni tak ada la rindu sangat.

Kenangan-kenangan yang kita kumpul tu, harap-harap dapat la korang simpan sampai bila-bila. Woo.. sedih la pulak.

Buat kawan-kawan yang nak tinggalkan Batang Kali, jagalah diri ditempat orang. Belajar elok-elok, kalau balik Batang Kali jangan lupa roger aku. Nanti kita open table!!

Oh ye, kalau aku ada buat salah. Maaf seribu kali maaf..

Our last picnic ;













location : Sungai Kedondong & Kolam Air Panas

ni muka-muka yang nak pergi ;

U mana tak tau.

Baitulmal

UiTM, Perlis
UiTM, Penang
UiTM, Pahang


 mahkluk dua orang ni aku tak pasti nak pergi mana..


dengar cerita dah kerja, accountant katanya
tunggu result Politeknik

Pada siapa yang gambar tidak ditayangkan harap maaf. Walaupun gambar tak tayang kat sini, tapi dalam hati.. dalam hati selalu tertayang dan terbayang muka korang. 

AKU AKAN RINDU KORANG GILA BARBIE!!

p/s : credit to Ridzwan who took this awesome picture and Ikkie who uploaded this to facebook.

4 comments:

ina muncet said...

aku takde ? sedih aa cmni .

haRhys said...

"Pada siapa yang gambar tidak ditayangkan harap maaf. Walaupun gambar tak tayang kat sini, tapi dalam hati.. dalam hati selalu tertayang dan terbayang muka korang. "

paham tak adik2??

NSUaziz said...

weyh , gamba aku ? sedeynye hatii . haha ! sape yang dpat pergi baitulmal tuu ?

haRhys said...

ko tak kenal kot.