18 May 2011

My first homework as Lower 6 (PA)

Pengenalan kepada Sistem Kerajaan / Konsep-konsep Kerajaan




  1. Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :
  • pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
  • kewujudan atau tidak kewujudan raja
Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.

Kerajaan Kesatuan

  • dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa  kerajaan
  • Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
  • Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British
  • Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka
  • Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain
  • Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark

Kerajaan Konfederasi

  • merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama
  • kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri
  • Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)

Kerajaan Persekutuan

  • beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama
  • setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri

Kerajaan Republik

  • ketua negara lazimnya seorang Presiden
  • Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal

Kerajaan Beraja

  • ketua negara adalah raja / ratu
  • hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan
  • Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang

Kerajaan Demokratik

  • demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
  • oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum
  • antara ciri-cirinya :
a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi

b. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya


c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak


d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih


e. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat




Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan, dan Konfederasi

Persekutuan

  •     Kuasa kerajaan dibahagikan antara kerajaan pusat, dengan kerajaaan negeri / tempatan
  •   Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang-bidang tertentu
Kesatuan
  •      Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan
  •      Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan yang lain
Konfederasi
  •                    Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang amat terhad
  •                    Kebanyakan kuasa terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri


benda-benda ni cikgu suruh cari, esok cikgu nak tanya. this is awesome! mesti esok aku lupa balik. nice!! 


p/s : thanks to PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN

No comments: