23 May 2011

Ben Bukan Bengong

Dalam sebuah negara yang indah dan damai.. Tinggal seekor kucing yang bernama Ben, Ben ini menjadi kucing kegemaran seorang puteri cantik yang bernama Gly. Kucing ni tak comel, malah hodoh dan bodoh lagi, walaupun begitu, Puteri Gly tetap sayang akan Ben kerana Ben selalu ada ketika puteri memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan, untuk bermanja-manja, untuk menghilangkan bosan dan sebagainya.

Lebih dikatakan Ben ini sebagai SAVIOR dan KAWAN BAIK kepada Puteri Gly. Tuan Puteri sangat sayangkan Ben, hingga dikatakan Ben adalah yang terbaik dan tidak akan ada yang dapat menggantikan tempat Ben. Tuan Puteri sering meluahkan bermacam bagai masalah kepada Ben yang hodoh itu, walaupun Ben pada dasarnya hanya mampu "MEOW MEOW MEOW", tetapi bagi Puteri Gly, itu adalah yang terbaik kerana tiada tempat lain lagi yang harus beliau adukan. Hanya Pada kucing jalanan yang buruk, busuk, dan hodoh yang bernama Ben.

Walaupun Ben seekor kucing yang buruk, busuk dan hodoh, tapi ini tidak bermakna Ben tidak punyai perasaan. Ben dalam diam sebenarnya juga amat menyayangi Puteri Gly, tapi beliau sedar, beliau hanya kucing jalanan yang tidak punya pangkat sebesar Puteri Gly, dan mereka juga adalah species yang berlainan..



Tapi itu tidak bermakna kasih sayang tidak dapat diluahkan.. Walaupun tuan puteri tidak paham dengan "MEOW MEOW MEOW", tapi bagi Ben itu tidak penting kerana Ben bangga menjadi tempat luahan hati Puteri Gly.

Puteri Gly dan Ben si kucing jalanan saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka seperti tidak boleh dipisahkan dengan segala anasir-anasir jahat. Kasih sayang antara mereka adalah kasih sayang yang paling suci di dunia.

Namun, bak kata pepatah, "Di Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari" itulah nampaknya yang berlaku kepada hubungan antara Puteri Gly dan Ben si kucing jalanan. Perhubungan mereka sudah menjadi renggang dek kerana kedatangan satu keluarga bangsawan yang mengambil keputusan untuk tinggal di dalam negara itu.

Dalam keluarga bangsawan itu, terdapat seorang anak lelaki yang umurnya lebih kurang sama dengan Puteri Gly. Jejaka yang tampan, dan kacak bergaya itu bernama Som. Som ialah anak kepada keluarga bangsawan itu.

Sifat Som yang peramah dan charming membuatkan Tuan Puteri mulai jatuh cinta kepada Som. Tuan Puteri bermonolog "mungkin ini yang terbaik untuk aku". Tuan Puteri seakan sudah melupakan Ben yang selama bertahun-tahun menjadi yang terbaik kepada tuan puteri. Ben sedar akan perubahan Puteri Gly. Ben redha.. Ben sedar dia hanya kucing jalanan yang sama sekali tidak layak untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan manusia malah dengan kerabat diraja sekalipun.

Setiap petang, Ben selalu memerhati akan Puteri Gly dan Som. Mereka selalu bertemu janji di taman Asloj, kerana di situ adalah tempat yang paling menarik dan permandangannya amat indah sekali. Dahulu, di situlah tempat Ayahanda, dan Ibunda kepada Puteri Gly mulai jatuh cinta. Dan perkara yang sama mungkin berulang kepada Anakanda yang disayangi mereka iaitu Puteri Gly dengan jejaka yang segak bergaya, Som.

Hari berganti hari, munggu berganti minggu, bulan berganti bulan, Ben semakin dilupakan.. Ben pasrah, tiada apa yang dapat dia lakukan lagi. Pada satu pagi, Ben berjalan-berjalan mencari makanan di pasar Meglok, dia terdengar satu perutusan Raja yang berbunyi "Wahai rakyat negara Nembve, anda adalah sangat dialu-alukan untuk menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri beta Puteri Gly dengan jejaka idamannya yang tampan dan segak bergaya, Som. Majlis itu akan dilaksanakan pada minggu depan, sabtu.. Adalah beta amat murka andai ada yang tidak menghadiri majlis tersebut. Sekian".



akan bersambung...


p/s : macam bangang je.

3 comments:

Ryna Anyra said...

ben ? bukann namee kucing kaa mera kee tuu ? haha

haRhys said...

tu la pasal.. bila pikir2 macam sama je. ciss. tapi ini cerita tak ada kena mengena sama itu kucing aaaa :)

Merahani Manja said...

ben ~