16 September 2011

Saya punya suka

semenjak aku menginap di hotel aman 1, politeknik shah alam, selangor. tak pernah lagi aku tak balik bila weekend. dan selama itu la ada sebilangan orang kata "anak manja la balik tiap-tiap minggu".

PUII!

aku punya suka la nak balik ke tak. alang-alang dah dekat, tak kan nak terperap kat sana. nak keluar jalan-jalan, banyak pulak duit. jadi, daripada aku membosankan diri dulu kat sana, aku balik. ya, batang kali tempat aku balik. kadang-kadang aku suruh mak aku ambik, aku memang anak manja. tarahal! dan sekali sekala aku naik KTM yang servisnya aku jamin rendah.




SELAMAT HARI MALAYSIA. I LOVE MALAYSIA



p/s: semangat nak buat entry panjang dah semakin pudar. nanti sambung lagi. 

13 September 2011

Hujung minggu

SAYA NAK BALIK KE RUMAH, BATANG KALI OH SYURGA KU.

sekian. terima kasih :)

11 September 2011

Masalah yang tak pernah selesai

kadang-kadang aku pun tak faham dengan manusia sejagat ni, dalam banyak-banyak hari, hari sabtu ahad juga la yang dipilih untuk pergi berjalan. Tukar la hari lain, khamis ke, selasa ke.

Kecewa aku bila jalan jem!



p/s: assignment tak siap lagi

10 September 2011

Hehehehe

aku ingat blog ni dah kena blocked sebab lama tak masuk, rupanya masih boleh guna..

power...

abe Joker, semalam tengok Dark Knight. best..

14 June 2011

aku saja...

Aku saja je tak nak update entry baru..






sekian

04 June 2011

Prince William cerai Kate Middleton?

LONDON—"Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2 billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace." -





Entah betul ke tak benda ni woihh! Tapi kalau betul dan benar lagi sahih, gila rugi. Juta-juta habis macam tu je. Ini.. ini.. kerja GILA!! Buat habis duit je, last-last tak kemana. Nasib baik la aku tak pergi kat wedding diorang hari tu. Duduk kat rumah makan popcorn lagi best.








True or not eh?
 

02 June 2011

Cara Terbaik Meningkatkan Traffic Blog

Sekarang aku nak bagitau rahsia untuk meningkat traffic, ini cara yang paling menjadi.. tak tipu!!

Cara ni mudah je, tapi aku tengok ramai yang tak buat.


Sedia ok? Ok, ini caranya : -



01 June 2011

30 May 2011

Sebab dan musabab

Nak tahu kenapa Barcelona menang lawan dengan Man Utd waktu Final Liga Juara-juara? Satu je jawapan, ok mungkin dua.


1. Barcelona adalah pasukan TERHEBAT dalam dunia. Gandingan pemain-pemain muda dan lama, serta kecekapan Pep Guardiola merancang strategi cukup mantap.

2. Man Utd tak cukup power untuk kalahkan Barcelona


Sekian terima kasih.



p/s : Jangan marah-marah, Barcelona tak akan kalah.

Pemberitahuan

internet slow. 

blog ini akan diupdate setelah internet kembali normal.

sekian terima kasih! 

:)




p/s : TAHNIAH BARCELONA!!

27 May 2011

Sejuta Belia, saya salah satu!

 Hari ini 27 Mei 2011, aku dan kawan-kawan(ayat UPSR) telah pergi ke Putrajaya untuk menghadiri, errr.. aku pun tak tau kenapa aku hadir kat acara ni. Bukan buat apa pun. SERIUS!!

Sampai-sampai kat sini je, kitorang di arahkan untuk pergi solat Jumaat! Yeah Rebecca Black's fans, its Friday!! Punya la besar masjid tu, kalau jalan sorang-sorang boleh sesat ni. Oh btw, Putrajaya ada dua masjid eh?

Ok, selesai solat jumaat.. Duduk setengah jam tunggu makanan. PEMBERITAHUAN : KAMI DITAJA *terima kasih :). Sementara diedarkan makanan kat kitorang yang lapar tahap serigala jadian tak makan selama 10 bulan purnama ni, kami ahli-ahli rombongan menerima baju dan cap dari Rakan Antidadah(RADA).

Lepas makan semua, lepak-lepak. Tengok Muay Thai, lepas tu balik. Macam sikit je aktiviti --'

sekitar aktiviti :

(Dalam bas on the way ke Putrajaya) Cuba teka cerita apa yang ditayang. 

Semua keluar masjid lepas solat jumaat.

*bosan, tak ada kerja

Sempat juga aku beli susu ceklet dengan galaxie. Hilang la 1% bosan dalam bas tu.

Gelap? Itu tandanya kami sampai Batang Kali waktu malam. 

Walaupun nampak macam tak ada yang best, tapi best juga. Ok what jalan-jalan.. Lagi satu, pakcik bawa bas ni sangat powerfull! When i said powerfull, I really mean it!

p/s : banyak lagi aktiviti, letih nak menaip tahu!!?

p/s/s : PC rosak lagi. ni sedang pakai laptop kakak. FFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

True Story #3





p/s : aku pun bakal berhutang :'(

25 May 2011

Kegunaan Babi

Babi!, banyak kegunaan dia. Dari kulit, sampai ke tulang, semua boleh dibuat produk. Sungguh berguna!

klik untuk besaaarrRRRRR

Setuju tak babi ni sungguh berguna dalam sektor pembuatan? Jadi, kita perlulah berhati-hati kalau nak beli barang, kena pastikan betul-betul produk yang kita nak beli tu dah diiktiraf kehalalannya. Sekarang ni pun banyak dah produk-produk yang diragui kehalalanya, nak shopping pun payah. Damn you pig! Babi betul!




p/s : sebut babi 10 kali, nanti jadi babi! 

24 May 2011

Mari Menyanyi Bersama



I heard, that your settled down.
That you, found a girl and your married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things, I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
It ain't like you to hold back or hide from the lie.

I hate to turn up out of the blue uninvited.
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over.

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah.

You'd know, how the time flies.
Only yesterday, was the time of our lives.
We were born and raised in a summery haze.
Bound by the surprise of our glory days.

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over yet.

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead", yay.

Nothing compares, no worries or cares.
Regret's and mistakes they're memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remembered you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remembered you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yay yeh yeah







p/s : Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead

23 May 2011

Ben Bukan Bengong

Dalam sebuah negara yang indah dan damai.. Tinggal seekor kucing yang bernama Ben, Ben ini menjadi kucing kegemaran seorang puteri cantik yang bernama Gly. Kucing ni tak comel, malah hodoh dan bodoh lagi, walaupun begitu, Puteri Gly tetap sayang akan Ben kerana Ben selalu ada ketika puteri memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan, untuk bermanja-manja, untuk menghilangkan bosan dan sebagainya.

Lebih dikatakan Ben ini sebagai SAVIOR dan KAWAN BAIK kepada Puteri Gly. Tuan Puteri sangat sayangkan Ben, hingga dikatakan Ben adalah yang terbaik dan tidak akan ada yang dapat menggantikan tempat Ben. Tuan Puteri sering meluahkan bermacam bagai masalah kepada Ben yang hodoh itu, walaupun Ben pada dasarnya hanya mampu "MEOW MEOW MEOW", tetapi bagi Puteri Gly, itu adalah yang terbaik kerana tiada tempat lain lagi yang harus beliau adukan. Hanya Pada kucing jalanan yang buruk, busuk, dan hodoh yang bernama Ben.

Walaupun Ben seekor kucing yang buruk, busuk dan hodoh, tapi ini tidak bermakna Ben tidak punyai perasaan. Ben dalam diam sebenarnya juga amat menyayangi Puteri Gly, tapi beliau sedar, beliau hanya kucing jalanan yang tidak punya pangkat sebesar Puteri Gly, dan mereka juga adalah species yang berlainan..

20 May 2011

Tribute to them (17 gambar)

Ok, lepas ni semua nak tinggalkan Batang Kali. Tak ada la lepas ni aktiviti-aktiviti macam tengok bola kat kedai mamak sambil makan roti telur (gulung-gulung tangan), mandi sungai, main futsal, lepak kat padang, piknik, tengok wayang, kutuk-kutuk member sendiri kat facebook, dan mungkin juga tak ada siapa yang online. Damn, this is so sad.

Ramai yang nak pergi sambung belajar. Aku dengan sebilangan kecil je yang berkemungkinan stay Batang Kali dan jadi anak jati Batang Kali sampai kitorang ambil degree (tinggi cita-cita woihh!). Tak apa la, masing-masing ikut haluan masing-masing. Semua dok mengejar cita-cita.

Do the best guys. Belajar rajin-rajin. Kita memang berjauhan, tapi hati kita tetap bersatu..

Malam ni, buat kali yang penghabisan sebelum korang berangkat jauh dari pedalaman hulu ni. Dapat juga kita lepak makan roti canai sambil tengok bola. Walaupun tak ramai, tapi aku puas la juga. Lepas ni tak ada la rindu sangat.

Kenangan-kenangan yang kita kumpul tu, harap-harap dapat la korang simpan sampai bila-bila. Woo.. sedih la pulak.

Buat kawan-kawan yang nak tinggalkan Batang Kali, jagalah diri ditempat orang. Belajar elok-elok, kalau balik Batang Kali jangan lupa roger aku. Nanti kita open table!!

Oh ye, kalau aku ada buat salah. Maaf seribu kali maaf..

Our last picnic ;




19 May 2011

True Story #2

tiada yang benar melainkan benar-benar belaka.

#problem?

p/s : Blogserius

18 May 2011

My first homework as Lower 6 (PA)

Pengenalan kepada Sistem Kerajaan / Konsep-konsep Kerajaan




  1. Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :
  • pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
  • kewujudan atau tidak kewujudan raja
Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.

Kerajaan Kesatuan

  • dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa  kerajaan
  • Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
  • Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British
  • Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka
  • Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain
  • Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark

Kerajaan Konfederasi

  • merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama
  • kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri
  • Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)

Kerajaan Persekutuan

  • beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama
  • setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri

Kerajaan Republik

  • ketua negara lazimnya seorang Presiden
  • Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal

Kerajaan Beraja

  • ketua negara adalah raja / ratu
  • hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan
  • Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang

Kerajaan Demokratik

  • demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
  • oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum
  • antara ciri-cirinya :
a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi

b. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya


c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak


d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih


e. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat




Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan, dan Konfederasi

Persekutuan

  •     Kuasa kerajaan dibahagikan antara kerajaan pusat, dengan kerajaaan negeri / tempatan
  •   Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang-bidang tertentu
Kesatuan
  •      Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan
  •      Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan yang lain
Konfederasi
  •                    Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang amat terhad
  •                    Kebanyakan kuasa terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri


benda-benda ni cikgu suruh cari, esok cikgu nak tanya. this is awesome! mesti esok aku lupa balik. nice!! 


p/s : thanks to PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN

How did dinosaurs die?

Inilah kebenaran. Selama ini kita ditipu tentang perihal kepupusan dinosaur. This is the truth. Now, read this and believe it!! 



#troll


p/s : Art Of Trolling

16 May 2011

May 16 2011

Hari ni first time aku sambut hari guru kat SMK Syed Mashor. kinda cool~ tak boring la, persembahan pun semua hardcore-hardcore.




tabik ah camni kepada yang menjayakan hari guru. rasa macam best pulak jadi form 6 ni. wweeuuuwww~

"son, good job!"
















p/s : SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA

no need to put title

and now, i feel so awkward with them.

it's ok, I get it.

p/s : kthxbai

15 May 2011

True Story #


p/s : credit to who made this true story.

14 May 2011

Semalam punya entry, hari ni baru post

Sakit pula hati aku dengan masalah blog ni. Buka blogger .com keluar ayat "Blogger is currently unavailable". Shitbrix betul. Time aku banyak idea nak menaip, time tu juga la blog ni masalah.
haihhh, masalah-masalah. Aku dah la jarang ada idea nak menaip, bila idea dah mencurah-curah tak boleh pula nak curahkan kepada yang memerlukan.
sekali lagi shit.


Tengok macam sekarang, tengah tak ada idea balik la ni. Dah, berapa lama lagi nak tunggu sampai blog ini boleh beroperasi seperti biasa?

Ok, mungkin blogger .com tengah cuba yang terbaik untuk mengemaskini website dorang.

"Friday, May 13, 2011
We’ve started restoring the posts that were temporarily removed and expect Blogger to be back to normal soon"
Posted by at 06:07 PDT

Mereka juga sedang untuk mengembalikan post-post yang telah diremoved, ambil masa juga ni. Ok, aku pun malas taip panjang lebar sebab idea pun tinggal sisa-sisa ni.
Jadi, babai..

p/s : pada masa ini saya sedang menggunakan Notepad sebagai pengganti blog. (12.34 am/Sat)

12 May 2011




Jalan mana yang patut aku ambil? Kalau Rebecca Black dia kata "which seat can i take?". Ni Haris Ismail pula kata "which road can I take?"

Dilemma gila barbie woihh! STPM ke DIPLOMA? Ok, UPU aku tak dapat untuk first intake, tapi who knows yang second intake punya aku dapat, ye dok??

Sementara tunggu result untuk second intake, aku sekarang ni sedang menjalani minggu orentasi bagi pelajar tingkatan 6 di SMK Syed Mashor. Cikgu-cikgu, abang-abang, akak-akak upper 6 semua kata yang form 6 ni bagus. Bagus-bagus juga, belajar pun gila kentang hard!! Aku ni dah la diketegorikan sebagai pelajar yang malas, dan bukan malas tahap 1, ni tahap paling atas sekali. Kalau dalam game, boleh lawan dengan king dah ni. Dah la ramai yang kata STPM ni susah, lagi-lagi aku ingat nak ambil subjek Ekonomi dengan Sejarah, selain Pengajian Am, BM, MUET. Ekonomi dengar-dengar macam susah sangat!!!! Well, belajar mana-mana pun susah kan?

Jadi aku dalam dilemma antara ingin teruskan dengan Form 6, atau ambil diploma second intake (kalau dapat).

p/s : baru selesai mengisi "PERMOHONAN e-RAYUAN KEMASUKAN KE IPTA"


p/s//p/s : menaip dalam keadaan malas.. 

09 May 2011

my first time!

first time aku shopping kat econsave sebagai costumer.!! #epic win



























p/s : akhir-akhir ni idea susah nak seru

Tangan Gatal bukan Gatal Tangan

Ok, saya ada masalah baru. Tangan aku ni gatal gila barbie. Ni kes angkat-angkat ayam, ikan, sayur-sayur kat Econsave la ni. Alergic ke kulit aku ni? Bahaya betul. teruk lak gatal ni.
take a look






gila.. kes serius ini. ni tangan. gatal-gatal ni merebak sampai ke muka!! the hell!!

p/s : esok daftar form 6 kot

08 May 2011

Benda yang paling aku benci sekarang

kawan : eh upu ko dapat? dapat mana? 
aku : aku tak dapat pun. 
kawan : yeke? aku dapat, sipolan2 pun dapat. dapat kat cenggini2. 
aku : .....



korang tau macam mana perasaan aku? hahh!! hahh!!! tau ke? tak tau kan?






P/S : aku rasa macam aku ni orang yang paling bodoh dalam dunia ni!

06 May 2011

bangang



FUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU...




p/s : kecewa dengan hari mendatang

03 May 2011

Saya sudah bekerjaya


















BANDINGKAN HARGA KAMI

02 May 2011

Syaitan Merah dibedil Meriam Merah!

Sir Alex Ferguson : Woi apo ni woi??!!
Rooney "rudeboy" :aaargghhhh!!
Aaron Ramsey : nyumm nyumm, nikmat betul dapat score..

Kah kah kah!!! Menyu kalah. #problem?

01 May 2011

9 Things I Hate About Everyone

1. People who point at their wrist asking for the time... I know where my watch is pal, where the hell is yours? Do I point at my crotch when I ask where the toilet is?


2. People who are willing to get off their a** to search the entire room for the TV remote because they refuse to walk to the TV and change the channel manually.


3. When people say "Oh you just want to have your cake and eat it too". Damn Right! What good is cake if you can't eat it?


4. When people say "it's always the last place you look". Of course it is. Why the hell would you keep looking after you've found it? Do people do this? Who and where are they?


5. When people say while watching a film, "did ya see that?" No Loser, I paid $12 to come to the cinema and stare at the damn floor!


6. People who ask "Can I ask you a question?"... Didn't give me a choice there, did ya sunshine?


7. When something is 'new and improved'. Which is it? If it's new, then there has never been anything before it. If it's an improvement, then there must have been something before it, couldn't be new.


8. When people say "life is short". What the hell??? Life is the longest damn thing anyone ever does!!! What can you do thats longer?


9. When you are waiting for the bus and someone asks "Has the bus come yet?" If the bus came, would I be standing here???


Pak cik Homer pun stress kalau macam ni.




http://www.boardofwisdom.com/


p/s : kadang-kadang aku pun ada juga buat benda-benda ni. not everybody perfect, aight? 

30 April 2011

La la la la, hari-hari kerja.. Esok cuti ha ha


Entry kali ni dalam bahasa inggeris, malas nak traslatekan. Lagipun korangkan pandai, takat bahasa inggeris, alah kacang je. Ye dok? So, enjoy reading..

"May 1 is a national holiday in Malaysia. Malaysia started observing the holiday in 1972 following an announcement by the late Malaysian Deputy Prime Minister, Tun Dr Ismail. In his historic speech, he hoped that the decision to observe May 1 as a national holiday would encourage the Malaysian labor movements to feel the need to be bound to the purpose of the national aspiration.

But in Malaysia there are various history models that can be learnt in terms of the sacrifices made by the workers toward helping the country progress economically and technologically. May 1 should be the day to commemorate the contributions of Malaysian ordinary workers to the country. Without those contributions, the local and foreign companies that once invested or have been investing in Malaysia would not make huge profits.

Unlike in Malaysia where the statutory 48 hours maximum working week is being practiced, working time in most Western European countries is declining steadily. Even though many perceive that less is produced, the result of reducing maximum working week is actually the opposite. Reducing maximum working week has in fact contributes toward enhancing productivity. France adopted the 35-hour working week in February 2000. The main advantage of reducing maximum working week is to enhance the quality of life among workers.

But the period of time that workers spend daily in some Monday-to-Friday companies in Malaysia is actually at least 10 hours per day. A worker clocks in at 8:00 am and the day ends at 6:00 pm. A 1-hour break is given to each worker. That means a worker actually works at least 45 hours per week. Even though the company claims to practice 48 hours maximum working week, but it is still incomparable to that practiced in most Western European countries. In another company, a worker clocks in at 8:30 am and the day ends at 6:00 pm. But he or she has to work another 8 hours on two Saturdays each month. A 1-hour break is given to each worker. That means a worker has to work for at least 46.5 hours per week in certain weeks.

Another area to consider is the 1-hour break is given to each worker. Both companies do not compensate their workers for rest breaks and meal periods. This is common among companies in Malaysia. To compare with, the overtime laws for non-exempt employees in the United States prohibit employers to ask the workers to simply work off the clock. That means both companies shall compensate the workers by reducing another 1 hours from a worker's working day without reducing the basic salary or simply pay them for the extra effort they have given. Taking into account the 1-hour break means that the company is asking its workers to work 50 hours per week. The maximum working week in Malysia is only 48 hours. But the company has not been paying the workers for the extra two hours. At the second company, the working hours in certain weeks shall be 51.5 hours if the 1-hour break is included. Whether the practice complies to the Malaysian laws or not, we leave the question to the employers and the legal community.

Does the current labor practice make Malaysia a more developed country? What we can actually see is that Malaysia is still lagging behind in many areas. Moreover, can we expect the workers to become highly motivated with the steadily increasing prices of goods?"

Malaya History

p/s : Selamat Hari Pekerja. Kerja dengan ikhlas bukan dengan malas. Ok?

25 April 2011

How Fast Are You?

Entry ni aku buat sebab aku bosan dan malas. 

Korang main la game kat bawah ni. Game ala-ala puzzle word. Menguji minda gituuu~~

5 Cara Baru Ikat Tali Leher

Tak tahu ikat tie? Tak ada tempat untuk belajar? Jangan risau lagi, saya di sini akan menyelesaikan masalah anda. Saya dengan berbesar hati akan tunjukkan cara mengikat tali leher dengan cara baru, bukan satu! tapi lima!! Ok, tepuk sikit..

23 April 2011

Apesal ni? Hahh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang semua tahu tentang Apesal.com? Kalau tak tau, aku nak bagitahu ni. Apesal.com ni membantu korang untuk meningkatkan trafik, membina backlink dan juga menghubungkan kita dengan blogger-blogger lain. Aku baru je daftar dalam Apesal.com ni lebih kurang 3 hari lepas kot. Dalam masa sehari je lebih kurang seratus orang dah view blog aku. Ok, seratus tak ramai bagi otai-otai macam korang, tapi saya ni baru je pandai nak merangkak dalam dunia blog, dan seratus viewer telah membuatkan aku nak buat kenduri kesyukuran. Hahaha.

Ok now see the truth!!

22 April 2011

Justin Bieber yang serius poyo



KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2011: Demam penyanyi remaja popular, Justin Bieber telah pun berakhir malam tadi menerusi konsertnya yang julung kali diadakan di Malaysia iaitu Justin Bieber My World Tour.

Tidak dinafikan fenomena Justin Bieber sememangnya luar biasa. Bayangkan tiket sebanyak 15,000 ribu telah habis dijual dalam sekelip mata. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam.

Jalan yang sesak sepanjang sekitar Stadium Merdeka, usah diperkatakan lagi serta disulami hujan lebat sementara menanti konsert bermula.

Meskipun ada yang merayu untuk memasuki stadium lebih awal daripada waktu yang dijadualkan jam 7 malam, namun ra-rata mereka kehampaan kerana pintu hanya dibuka mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Tepat jam 8 malam, kemunculan Mizz Nina, membawakan tiga buah lagu yang mana antaranya adalah What You Waiting For telah meredakan sedikit kegelisahan peminat Bieber yang telah sekian lama menantikan kehadirannya.

Usai selepas Mizz Nina habis menyanyi, mereka kembali menjerit-jerit memanggil anak didik Usher itu supaya tampil segera ke pentas. Tetapi, Justin Bieber lebih selesa membuatkan peminatnya gelisah menanti kerana dia hanya akan muncul tepat jam 9 malam.

Memasuki 10 minit lagi sebelum jam 9 malam, sementara menanti detik permulaan, tiba-tiba suasana sekitar pentas sedikit tegang. Semuanya berlaku disebabkan petugas media yang terdiri daripada jurukamera dan jurugambar tidak dibenarkan menangkap gambar si comel tersebut.

Situasi itu menyebabkan petugas media dan pihak pengurusannya bertekak kerana mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum ini, pihak media telah dibenarkan untuk merakamkan gambar dan visual untuk tiga buah lagu awal dendangannya saja.

Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Justin Bieber yang comel itu kerana kononnya dia telah kecil hati dengan pihak media tempatan yang telah pun menangkap gambar sewaktu ketibaannya bersama buah hatinya, Selene Gomez di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Remaja kelahiran Kanada ini, dikatakan berang kerana gambarnya bersama kekasih hati dirakamkan menerusi lensa jurukamera.

Di sebabkan itu, penyanyi berusia 17 tahun ini mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana petugas media cetak atau elektronik mengambil gambar dan visual konsertnya.

Malah, dia juga mengugut untuk tidak memulakan konsert selagi petugas media ada berdekatan pentas dan berhasrat untuk merakamkan aksinya. Sikap Bieber yang dilihat kurang professional, besar kepala atau kekwat itu sememangnya menyusahkan pihak media yang bertugas.

Sementara itu, jika mahu diulas mengenai konsertnya, apa yang boleh dikatakan tidaklah sehebat mana pun. Mungkin, dia mampu menyanyi namun dia kelihatan agak kaku apabial beraksi di atas pentas. Hanya tahu nyanyi dan nyanyi dan nyanyi!. Tiada langsung komunikasi antara dua hala bersama peminat.

Jika ada pun, berulang kali yang Bieber hanya tahu sebut, ada ramai gadis cantik hari ini. Setiap kali diulang, setiap kali itulah peminat wanita atau pun mungkin ada juga peminat lelakinya yang akan menjerit.

Penyanyi ini juga lebih banyak berinteraksi bersama peminat menerusi rakaman visual percakapannya yang dipasang di skrin besar.

Dari segi vokal usah dipertikaikan sangat kerana rasanya semua sudah sedia maklum bahawa suara lelaki berusia 17 tahun itu yang boleh dikategorikan sekadar bolehlah menyanyi.

Memulakan persembahan menerusi lagu Love Me, si cilik berusia 17 tahun, membuatkan peminatnya histeria. Belum lagi ketika dia membuat reaksi wajah comelnya di pentas yang dapat disaksikan menerusi skrin besar oleh peminatnya.

Itu lagilah membuatkan peminatnya kehabisan suara akibat menjerit. Meneruskan nyanyian dengan lagu Bigger dan You Smile, aksi tarian Bieber juga dilihat biasa-biasa sahaja.

Tetapi bagi peminat fanatiknya, sememangnya apa sahaja yang dilakukannya terbaik bahkan sewaktu Bieber membuka jaketnya kerana kepanasan turut mengundang jeritan.

Mendendangkan lebih 10 buah lagu antaranya One Less Lonely, Somebody To Love dan Never Say Never, apa yang boleh dikatakan sepanjang lebih sejam menyaksikan konsert si comel kegilaan ramai ini tidak dapat dirasai klimaksnya.

Jika ada pun mungkin sewaktu dia membuat kejutan dengan menjemput penyanyi Good Charlotte, Joel Maiden mendendangkan lagu Want Be Love.

Menutup tirai konsert anjuran Tune Talk ini, Bieber tampil menyanyikan lagu popularnya Baby buat peminatnya. Jika dihitung konsert semalam, mungkin konsert Bieber hanya sekadar cukuplah sekali untuk disaksikan!.

sumber : MURAI.com.my


Ini.. ini.. bangang!! Menyampah gila aku dengan mamat poyo ni. Adik please be matured ok! Dah 17 tahun kan? Nak merajuk, kecik hati bagai. Dah kata pun artis, mesti la pergi mana-mana pun paparazzi ada, ambik gambar semua. Nak tunjuk diva la tu. Puuiiii!! Bangang. Buat show pun tak ikhlas! Kesian peminat-peminat, nasib baik aku tak minat dia. Puiii!  
 - haRhys

Apa itu sex?

Sedang-sedang berjalan dalam local disk D, terjumpa satu note bertajuk "apa itu sex?". Woowww! Jadi saya sharekan kepada rakan-rakan :) heheheheee

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex
dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu
anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan
bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni... seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..


NAME:... ... ... ..
SEX:... ... ... ...
Class:... ... ... .
Subject:... ... ..



*kredit kepada penulis asal 

21 April 2011

Apa ada hal!

Sekarang dah jadi style budak-budak bawa menatang mahal DSLR bagai tu. Hehh, apa style-style? Tak kan aku nak ikot style dorang, sedangkan aku makan pun ikan kering? Saya pakai kamera handphne Sony E S312 je. Lagi win!

Tiba-tiba lampu terpadam bila cakap pasal DSLR ni, teringat dulu abah bawa balik camera SLR yang sangat rare dan klasik. Mana jumpa tarak tahu laa gua. Masa tu saya kecik lagi, tak tau pun menantang apa. Just godek-godek sikit, main dengan lens dia. Yang ni bukan digital ok, ini analog yang jenis pakai kodak tu. Berat boleh tahan. Tapi malangnya masa tu kecik-kecik. Abah bawak balik pun sebab terjumpa kot, maybe orang nak buang ke jual ke. Tak tau la, tapi memang rugi masa kecik-kecik tak tau amende. Tup-tup, teringat balik. Tanya balik kat mak, mak kata dah buang. Ok saya kecewa!! Kalau la ada lagi, pergi baiki sekarang juga woo. Pastu pergi mana-mana gantung kat leher, nak gelak apa? Klasik ni. Nanti boleh challenge dengan budak-budak DSLR tu. Hahahah. Ok, tapi tu tak kan terjadi :'(

Ni pun SLR gak, tapi bukan yang ni ayah aku jumpa.


macam ni la lebih kurang slr yang ayah aku jumpa, aku dah lupa brand. tapi lebih kurang la ni.

Apa ada hal! Tak ada SLR ke, DSLR ke tetap boleh ambil gambar jugak. Ye dok?

dengan Sony E S312 pun lawa jugak! :')
Shana dengan bergayanya tak habis makan

p/s : SLR juga bermaksud self loading rifle.


p/s *lagi : Al-fatihah kepada arwah pakcik ku, pak ngah/pok ngoh. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin 

18 April 2011

I'M BACK! (gaya cakap macam Terminator)

Halo, assalamualaikum. Wowwww~~ Lama tak update. Tak best betul.. Nak update, nak update, tapi sekarang baru update. Apodah! Ok, sekarang saya sangat bosan. Ingat nak buat pembaharuan kat blog ni. Memandangkan saya pun dah buat pembaharuan dari rambut panjang gila ke rambut pendek. Maka seiringan dengan itu *cewah* saya pun nak buat pembaharuan dengan blog ni. Amacam?? Hmmm. Lets see lah camne nanti.

Ok, saya rasa cukup sekadar ini. Nanti saya taip lagi. Terima kasih melawat. I never walked alone

25 January 2011

Apa ada di sebalik login page Facebook

Jeng-jeng.. Selama ni Mark dah mempergunakan untuk menyebarkan propaganda dia. Ciss punya Mark. Lepas ni kita pakai dRbook pulak weh. Boikot Facebook. Mari kita tengok apa yang ada di sebalik login page Facebook yang selama ni kita tak tahu.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Hahahaha. Just joking around je. Mark, don't sue me.. XD

24 January 2011

Hotel paling seram di dunia.

Guys~ Assalamualaikum. Gimme five dude or babe. Hohoho. Korang pernah main game? Takpe, biar aku teka. Pernah kan? Potong jari kalau korang ni dork sangat sampai game pun tak pernah main. Hahahaa.

Game zaman sekarang ni memang graphic tiptop la. Tak boleh tahan, dulu aku ingat lagi kecik-kecik aku main game racing Daytona gambar kotak-kotak. Hahahaa. Menggamit memori itu. Tapi sekarang, perghhh. Tengok je la macam game Grand Turismo yang latest punya. Graphic terbaik, 99% sama macam yang sebenar. Woahh. Kagum!!

Dalam teknologi yang serba canggih ni, korang nak main game secara free, online pun boleh. Macam game yang aku nak review ni. Game ni dah lama, tapi ramai jugak rasanya yang tak tahu.

Game ni nama dia, HOTEL 626. Pernah dengar? Kalau tak pernah atau tak main lagi, korang bukak website ni Hotel 626. Muahahahaha. Ok-ok, kita tukar kepada mood seram. Wuuuuu~

Hotel 626 ni berkisarkan tentang korang yang menginap di hotel ni la. Tapi tu la, hotel ni berhantu. Jadi korang kena lalui macam-macam jenis tempat untuk keluar dari hotel yang penuh dengan makhluk yang pelik nak mati. Disarankan korang main game ni dengan lampu atau cahaya yang seminimum mungkin. Manakala, sound speaker tu, kasi semaximum mungkin. Muahahaha. Kalau ada webcam lagi bagus. Dan..... main sorang-sorang la, baru feel.

Ok, ni screen shot untuk game Hotel 626.

Korang kena ambik gambar awek ni. (dalam gelap)

Hye sayang..

Si cilik yang comel.

Ahaa, lagi satu. Untuk pengetahuan korang, game ni hanya boleh main dari pukul 6 petang sampai la 6 pagi. Tapi ni takde hal pun, kalau korang takut nak main waktu-waktu malam(macam aku). Korang tukar je jam pc korang ni. Pastu nanti betul kan balik. Easy as ABC kan.

Kalau korang berniat nak main game ni, korang kena ada internet connection yang laju, baru la smooth je. Takde la sampai kena tunggu 5 minit untuk loading. Nanti mesti rasa bosan menunggu, sebab tu aku tak pernah habis main game ni. Hahahaha.

Lastly kalau korang rasa tak berminat langsung untuk main, atau korang memang tak ada keberanian :P Tengok je la video ni...

21 January 2011

Lirik di sebalik lagu

Ok kali ni aku nak cakap sikit tentang lagu terbaru BEP yang bertajuk Someday. Lagu ni bagi aku tak la best sangat, tapi lagu ni "unik". Bukan unik apa, tapi dalam lirik lagu ni ada menggunakan perkataan InsyaAllah. Aku tak tau tujuan sebenar dorang buat macam ni. Mungkin sebab nak naikkan kemarahan orang Islam? Entah la...~

Nak tau betul ke tak apa yang aku cakap, dengar la dari video Youtube kat bawah ni.. Lirik pun ada sekali.




[chorus]
Someday I'm gonna get it right, my life
Someday I'm gonna figure it out, maybe tonight
Coz I know I'ma get it right
And I know I'ma get it right
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho

[will.i.am]
I'm 'bout to get it, 'bout to get-get-get it
Can't do it little coz I'm big-big Willie
I'm 'bout to do it just like Bill Gates did it
Coz I was born, I was born to kill it
Gimme more dollars, gi-gimme more dollars
I need it bigger, I'm too big for smaller
I keep on workin' like I'm blue collar
I'm 'bout to get it, baby, inshallah.

[chorus]
Someday I'm gonna get it right, my life
Someday I'm gonna figure it out, maybe tonight
Coz I know I'ma get it right
And I know I'ma get it right
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho

Breathe...
Just breathe...
Now breathe...
Drop it

[appl.de.ap]

I came here from the Phillipines
In the plane with some big big dreams
I left everything I knew behind me
Like my mom and my family
People tell me that I ain't gonna make it
I got a finger aimed at all of them haters
In a minute you're gon' catch the papers
Coz in a minute I'ma get my paper

[chorus]
Someday I'm gonna get it right, my life
Someday I'm gonna figure it out, maybe tonight
Coz I know I'ma get it right
And I know I'ma get it right
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho

[Taboo]
Someday you're wondering
If you're really gonna make it (oh yeah)
And sometimes you wanna know
Is there anyone to save you (oh yeah)
I know you've been down before
Like underneath the ground (under the ground)
Still got a little chance
To turn it all around (turn it around)
Soon your time will come
So, give it all you got (give it all you got)
Don't stop believing
So, give it all you got (give it all you got-got-got-got-got-got....)


Betul-betul menimbulkan tanda tanya dan tanda soal yang banyak macam ni ??????????????????????? kan? Hmmmm~

19 January 2011

Karya Agung Sepanjang Zaman

Dulu kecik-kecik aku memang hardcore kartun-kartun ni. Malah sekarang ni pun, 18 tahun umur aku, aku tetap layan kartun jugak. Yeah, kartun menceriakan aku tatkala aku berduka. Cewwahh.

Jadi duduk termenung depan PC yang berkuasa kuda yang bersamaan dengan kelajuan siput sedut ni, aku teringat satu cerita kartun yang aku anggap sebagai karya masterpiece. "USOP SONTORIAN" Kartun ni aku layan gila babeng, ulang banyak-banyak kali sampai ribu-ribu ratus pun aku tak kisah. Sebab cerita ni terbaik!!! Lawak yang fresh dan
bersahaja. Walaupun pergerakan kartun ni agak lembab, tapi sapa kisah? Janji best.. Lagipun dulu kecik-kecik tengok apa peduli sume ni. Hahaha


Dan.. Untuk pengetahuan, Usop Sontorian ini ialah siri animasi PERTAMA di Malaysia. Siri ini
direka oleh Encik Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Karisma Pictures Sdn. Bhd.


Usop Sontorian ialah nama seorang budak yang tinggal di Kampung Parit Sonto berdekatan dengan pekan Ayer Hitam, Johor. Dia anak bongsu dalam keluarga. Kakak dia, kalau korang ingat, selalu suruh dia beli asam boi kat kedai runcit. Hhahaha. Abang dia pulak ntah tak ada kerja lain, selalu jalan-jalan dengan basikal keliling kampung untuk cari Si Usop ni. Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh, ni la kawan-kawan sepermainan Si Usop. Paling best bila tengok dorang naik basikal Singh ramai-ramai. Hahaha. Tak b
oleh tahan. 4 orang naik 1 basikal, gilerrr cool. Kalau korang ingat balik, dalam cerita Usop Sontorian ni selalu jugak ada keluar seekor ayam jantan, kadang-kadang berkokok, kadang kerja g kejar cacing. Hahaha. Menurut wikipedia, nama ayam tu Selebet. Hahaha. Apa tu sele
bet ea? Macam lawak je...

Memetik dari laman wikipedia :
''Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antara
nya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng''


Ini sangat cool laaaa. Aku rasa cerita kartun yang dulu-dulu lagi best dari kartun sekarang ni. Aku berpendapat bahawa(ayat skema sket), Usop Sontorian ni lagi best dari Upin Ipin. Walaupun Upin Ipin ni comel, tapi tak seBEST macam Usop Sontorian. Tabik springggg kepada mereka-mereka yang menjayakan kertun
terbaik ni!!!!

18 January 2011

Gomo Kelate Gomo~



Woahh, Liga Super untuk tahun 2011 bakal bermula. Aku tak sabar nak tengok pasukan-pasukan yang hebat beradu kekuatan. Dan tahun ni, of course jugak aku sokong pasukan KELANTAN. GOMO KELATE GOMO!!!!


SENARAI PENUH SKUAD TRW 2011
1. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
2. Sharizan Ismail (GK)
3. Judtanna Eh Put (GK, NEW)
4. S. Subramaniam
5. Farisham Ismail
6. Rizal Fahmi Rosid
7. Daudsu Jamludin
8. Zairul Fitree Ishak
9. Zamri Ramli
10. Mohammad Abdul Aziz Ismail (NEW)
11. Wan Rohaimi Wan Ismail (NEW)
12. Mohd Badri Radzi (C)
13. Shakir Shaari
14. Khairan Eroza Razali
15. Wan Zaman Mustapha
16. Zulyusri Che Haron
17. S. Chanturu
18. Solehin Kanasian Abdullah @K.Soley (NEW)
19. Nurul Azwan Roya (NEW)
20. Danial Fadly Abdullah @Wirat Nom (NEW)
21. Norshahrul Idlan Talaha (VC)
22. Ramzul Zahini Adnan
23. Nizab Ayub
24. Khalid Jamlus (NEW)
25. Nicholas Chan (NEW from Cardiff City)

Ramai yang pergi, tapi ramai jugak yang datang. Woahahaha. Tapi still kena buat yang terbaik, hati-hati dengan pasukan-pasukan yang hebat macam Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, & Terengganu. Bola itu bulat, macam-macam boleh berlaku. Cewwahhh!~

Jadual perlawanan...
*klik untuk BESARRRRRRR~
p/s: Majulah sukan untuk negara. Gomo Kelate gomo!!!