12 December 2010

Takde tajuk

Salam guys, eheemm. Sekali lagi, Kelantan menang. Menang lawan dengan Kedah untuk Piala Emas Raja-raja. Hehe. Aku tak tengok sangat pun sebenarnya match tu. Just tengok result je. Menang dengan tendangan penalti je selepas kedua-dua pasukan gagal untuk menjaringkan gol pada full time dan extra time. Erhh ayat tak tahan. Hahaha. Kelantan menang dengan jaringan penalti 4-1 dengan Kedah. Gila best, i loikee.

Lepas tu pulak aku tengok match antara Newcastle dengan Liverpool. Kesian Liverpool kalah dengan Newcastle 3-1. Apoo daa~ Kesian tengok manager baru Liverpool tu, dah la sejuk2, kalah pulak tu. Sian, sambut Christmas dengan kedukaan. Hahaha. Tapi papehal all the best la Liverpool. Korang power, tapi Newcastle lagi power dari korang tadi. Lepas dah habis tengok match tu, aku beralih pulak g buat match sendiri. Hahaha. Best woo main PES 2011. Graphic wa cakap sama lu memang terbaik laa, tu pun aku tak setting untuk high quality lagi tu. Gameplay gempak, tapi agak susah la. Adeh, nak cite banyak malas pulak. Main sendiri la kalau nak tahu best ke tak.

Semua benda aku buat ni berlanjutan sampai laa sekarang, pukul 6.22 pagi. Jadi sekarang aku pun dah ngantuk, nak tidooo. Entah bangun pukul bape la pulak ni. Takpe la, kan dah cuti. Hehehe. Ok la kawan2. Assalamualaikum :]

No comments: