16 December 2010

Semalam...

Semalam, yeah semalam. Satu hari aku ngan kawan-kawan g berjalan kat TS. Err, takde la satu hari pun, beberapa jam je pun. Hahaha. Daus, Nas, Afdal, Popoi, Shafiq dorang g sana dulu. Aku ngn Farid gerak naik kete. Mak aku bawak la, bukan aku. Aku takde lesen lagi. Ok, berbalik kepada ni. Lepas kitorang sampai sana, nasib baik dorang beli dah cerita Narnia tu. Narnia start pukul 12.10. So, kitorang makan la dulu. Nak makan kat food court, nak makan nasi la konon. Sekali tengok harga, semua tak bley blaaa. Hahaha. Kitorang pun turun balik, makan kat McD je laa. Habis makan kat sane, aku g refill air dulu. Simpan dalam beg, bawak masuk panggung. Hell no, tumpah sikit dalam beg aku. Nasib baik tak banyak.

Panjang lerr pulok intro aku. Sebenarnya aku nak cerita pasal cerita yang aku tengok semalam je. The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Perghhh, wa cakap sama luuu. Empat thumbs up aku bagi. Sekali dengan jari kaki aku angkat. Terbaik. Lawak, sedih dan semestinya penuh adventure.

Ikot IMDb, rating filem ni 6.8/10. Macam rendah je. Bagi aku filem ni layak dapat lebih lagi. Kali ni untuk Voyage of the Dawn Treader, karakter utamanya Prince Caspian manakala Lucy dan Edmund dari 4 orang beradik ni je yang ada. Susan yang cantik a.k.a awek aku tu dengan Peter tak join. Tapi takpe, sebab kali ni ada penyeri. Eustace, sepupu dorang yang secara tak sengaja dan dengan bukan kerelaan hatinya ter'join' dalam babak2 menarik cerita ni. Hahaha. Eustace ni pada mulanya memang tak suka dengan Lucy dan Edmund ni, dan bertambah tak suka bila termasuk dalam dunia Narnia. Tapi apa yang lawak tentang watak lakonan Will Poulter ialah sebab dia ni banyak cakap, pastu dengan gaya dia, muka dia. Perfect untuk jadi pak lawak. Hahaha. Gelak je kitorang bila sampai kat babak budak ni. Tapi lama-lama Eustace ni berubah sejak dia terkena sumpahan yang menyebabkan dia jadi seekor naga. Sejak dari ni, dia kenal erti sebenar persahabatan dan dah waras la sikit. Haha.

Mereka ini berlayar dengan kapal Dawn Treader, cantik kapal ni. Tujuan sebenar pelayaran dorang ni sebab nak cari tujuh bilah pedang kepunyaan bangsawan/pahlawan dan selamatkan pendudukyang 'ditelan' oleh kabus hijau. Jadi, melalui pelayaran dorang ni. Dorang terpaksa menempuh pelbagai masaelah. Dan akhirnya...

Korang tengok la sendiri. Best woo... Tak rugi belanja 7 hengget korang tu untuk cerita ni. Bagi aku filem ni filem wajib tonton untuk tahun 2010 ni. Ni trailer untuk filem ni :


Lepas dah habis tengok cerita ni, ktorang g main game kat arcade. Hahaha. Baru aku tahu yang kat TS ni ada dua arcade. Apo daa~ Kitorang nak lawan main Initial D, tapi kat arcade yang pertama kitorang g tu, yang boleh lawan dua hanya Intial D stage 5. Hell no la kalau nak guna 4 token. Aku main yang dua token je. Pastu g arcade kedua baru dapat lawan. Muahahaha*gelak poyo. Aku menang. Straight edge. Walaupun ada je yang mengacau tukar2 gear aku, dah la gear tu rosak. Hahaha. Tapi still, Daus ngan Shafiq menggigit jari. Hahaha. Hebat la jugak aku, tapi dalam kalangan kitorang2 je. Kalau lawan dengan yang dah siap ada kad tu, hehh makan asap jugak aku ni.

Lepas dah puas main, dah puas jalan2. Balik. Dalam KTM kat KL Central tu, ktorang terpaksa tunggu train yang kedua sebab kitorang tak dapat masuk, dah macam sardin pulak. Nasib baik kat train yang kedua dapat masuk, dan tu pun macam sardin. Terpaksa aku kecikkan badan aku yang sememangnya 'kecik' ni. Hahaha.

Lepas dah sampai rumah, rehat2... Tengok skuad bola sepak kebangsaan menang ke atas Vietnam, 2 berbalas 0. Yeahh, tembah seronok aku seharian tu. Hahaha. Aku harap Malaysia dapat g ke final dan seterusnya menang kejuaraan ni. Aku yakin, kalau skuad Malaysia beraksi macam semalam, harapan aku dan rakyat Malaysia pastinya tercapai. Aaauuummmm... Malaysia Boleh.

Ermm, tu je la kot aku nak tulis. Sekarang aku nak g makan. Lapar ni. Assalamualaikum korang. Big heart untuk korang.

No comments: