19 January 2011

Karya Agung Sepanjang Zaman

Dulu kecik-kecik aku memang hardcore kartun-kartun ni. Malah sekarang ni pun, 18 tahun umur aku, aku tetap layan kartun jugak. Yeah, kartun menceriakan aku tatkala aku berduka. Cewwahh.

Jadi duduk termenung depan PC yang berkuasa kuda yang bersamaan dengan kelajuan siput sedut ni, aku teringat satu cerita kartun yang aku anggap sebagai karya masterpiece. "USOP SONTORIAN" Kartun ni aku layan gila babeng, ulang banyak-banyak kali sampai ribu-ribu ratus pun aku tak kisah. Sebab cerita ni terbaik!!! Lawak yang fresh dan
bersahaja. Walaupun pergerakan kartun ni agak lembab, tapi sapa kisah? Janji best.. Lagipun dulu kecik-kecik tengok apa peduli sume ni. Hahaha


Dan.. Untuk pengetahuan, Usop Sontorian ini ialah siri animasi PERTAMA di Malaysia. Siri ini
direka oleh Encik Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Karisma Pictures Sdn. Bhd.


Usop Sontorian ialah nama seorang budak yang tinggal di Kampung Parit Sonto berdekatan dengan pekan Ayer Hitam, Johor. Dia anak bongsu dalam keluarga. Kakak dia, kalau korang ingat, selalu suruh dia beli asam boi kat kedai runcit. Hhahaha. Abang dia pulak ntah tak ada kerja lain, selalu jalan-jalan dengan basikal keliling kampung untuk cari Si Usop ni. Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh, ni la kawan-kawan sepermainan Si Usop. Paling best bila tengok dorang naik basikal Singh ramai-ramai. Hahaha. Tak b
oleh tahan. 4 orang naik 1 basikal, gilerrr cool. Kalau korang ingat balik, dalam cerita Usop Sontorian ni selalu jugak ada keluar seekor ayam jantan, kadang-kadang berkokok, kadang kerja g kejar cacing. Hahaha. Menurut wikipedia, nama ayam tu Selebet. Hahaha. Apa tu sele
bet ea? Macam lawak je...

Memetik dari laman wikipedia :
''Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antara
nya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng''


Ini sangat cool laaaa. Aku rasa cerita kartun yang dulu-dulu lagi best dari kartun sekarang ni. Aku berpendapat bahawa(ayat skema sket), Usop Sontorian ni lagi best dari Upin Ipin. Walaupun Upin Ipin ni comel, tapi tak seBEST macam Usop Sontorian. Tabik springggg kepada mereka-mereka yang menjayakan kertun
terbaik ni!!!!

No comments: