27 June 2010

Piala Dunia Africa Selatan 2010


Ahahh, seperti mana yang korang tahu. Sekarang ni sibuk dengan FIFA WORLD CUP 2010. Maka restoran-restoran mamak pun makin ramai dan makin meriah pada malam hari. Ahahh.

Bermula dari semalam peringkat kalah mati telah berlangsung menampakkan pasukan Korea Selatan tewas kepada pasukan Uruguay 1-2. Jaringan pertama dijaringkan oleh pemain dari pasukan Uruguay iaitu Luis SUAREZ pada minit ke-8 dan jaringan itu kekal hingga separuh masa pertama. Memasuki separuh masa kedua, pasukan Korea Selatan menukar corak permainan dan pada minit ke-68, LEE Chung Yong telah berjaya mengikat Uruguay 1 sama. Asakan demi asakan dari kedua-dua pasukan, akhirnya Uruguay berjaya menjaringkan gol kemenangan mereka pada minit ke-80 oleh Luis SUAREZ. Jaringan kemenangan oleh Luis Suarez itu membuatkannya mendapat gelaran "MAN OF THE MATCH" pada malam itu dan pasukan Uruguay berjaya ke suku akhir piala dunia yang akan berlansung pada 3/7 ini.

Manakala sebentar tadi baru sahaja berlansung perlawanan di antara pasukan Ghana dan Usa di Rustenburg. Perlawanan itu berakhir dengan pasukan Ghana menang dengan jaringan 2-1. Pada minit ke-5 Kevin Prince BOATENG telah menggembirakan peminat dan squad Ghana kerana telah menjaringkan gol yang pertama mereka. Namun gol itu tidak bertahan lama kerana pasukan USA berjaya mengikat perlawanan apabila Landon DONOVAN menjaringkan gol di minit ke-62 *ala penalti jehh. Dan 90 minit masa perlawan sebenar berakhir dengan GHANA 1-1 USA. Dan ketika memasuki masa tambahan, Asamoah GYAN berjaya meledak ke gawang lawan dan sekali lagi menggembirakan squad dan peminat Ghana dengan kemenangan yang penuh dramatik. Kemenangan ini menjanjikan tempat kesuku akhir Piala Dunia menentang pasukan dari Asia iaitu pasukan Korea.

Pada malam 28 June pukul 10 waktu Malaysia, pasukan Belanda akan menentang pasukan Slovakia di Durban. Manakala pada pukul 2.30a.m 29 June, Brazil akan menentang Chile. Sama-samalah kita menyaksikan perlawanan itu. Kepada sesiapa yang tidak melanggan siaran Astro marilah kita menyaksikan nya di TV1 *ade ke tak live punye ?. Untuk merasakan lebih feel jom kita menyaksikannya di restoran-restoran yang menyiarkan siaran langsung piala dunia, baru boleh sorak beramai-ramai. Ahahh

Sekian saja berita sukan dari belog ini. Saya Haris melaporkan. Assalamualaikum

Ahahh, banyak pula aku tulis pasal benda ni. So dalam World Cup ni korang mesti ada pasukan kegemaran kan ? Korang minat apa ? Belanda ? Jerman ? England ? Spain ? Ahh, tak kisah la. Kalau dorang menang pun kita tak dapat apa-apa kan ? HAHA, tapi takpe, apa salahnya. Kalau korang minat pasukan dari Eropah, aku pulak lebih berminat kepada pasukan dari Amerika Selatan macam :






Yeahh, ARGENTINA & PARAGUAY. Aku pon tak tahu kenapa. hmmm. takda hal r. Janji salah 1 dari pasukan aku menang. ehehh

HUHU. Negara manakah yang akan menggondol PIALA DUNIA ni ? Sama-samalah kita nantikan. haihh. Tak sabar pulak aku rasa :P



sekian, Assalamualaikum :)

No comments: