28 June 2010

FOLIO


Alhamdulillah, akhirnya.. Siap jugak folio addmath yang begitu leceh ini. Cikgu bagi suruh buat masa cuti 2 minggu yang lepas. Tapi cuti 2 minggu itu penuh dengan aktiviti yang tiada langsung kena-mengena tentang pelajaran ini. Wahaha :P Start sekolah lagi 2-3 hari baru nak buat. Nasib baik semua ada, kertas A4, printer + ink, laptop kakak *pinjam kejap, dan yang paling penting tiada lagi penting selain penting-penting belaka iaitu j*w*p*n tapi aku tak tiru bulat-bulat eaa. Aku pon ada maruah gak, aku tengok sekadar jadi bahan rujukan je *baik kan aku ? :P Jadi, buat punya buat..



Dah nak siap dah ni, pergi tanya cikgu "err, cikgu, camni boleyy ke ?" cikgu pon jawab "saya tak nak kamu buat 100% menggunakan ICT, yang jalan kerja tu buat dengan tangan" aku pun tak boley buat ape r, terpaksa akur. Cikgu is always right :) lagipun nak SPM ni tak baik melawan *aku dah kata, aku ni baik.. tangguh kejap dalam dua tiga hari ; ada je kepala-kepala yang "rajin" nak pinjam folio aku yang agak siap dah tu nak wat rujukan je. Bukan tiru pun (pikir la positif sikit). Aku pun bagi r, lagipun aku paham.. Dan hari berganti hari, tiba nya hari ahad *27 June, aku terpikir sejenak.. "Kerja apa yang aku tak buat lagi ni ?" TENGGGG.. Dapat SMS dari Hakim, dia mintak nak pinjam folio. Masa tu baru teringat kat folio yang aku belum disiapkan tu. Petang tu aku bagi Hakim pinjam kejap, malam tu pulak aku ambil balik.. Buat punya buat ni lah hasil nya :

simple je ni, save bajet laa. Ekonomi tengah gawat kan. HAHA.



And 1 more thing, NO MORE ENGLAND in WORLD CUP 2010. Mereka kalah ditangan German 4-1. HAHA bagi squad dan peminat England : cuba 4 tahun lagi




Buat masa ni, bagi ARGENTINA menang eaaa. HAHA. PEACE YALL !

27 June 2010

Piala Dunia Africa Selatan 2010


Ahahh, seperti mana yang korang tahu. Sekarang ni sibuk dengan FIFA WORLD CUP 2010. Maka restoran-restoran mamak pun makin ramai dan makin meriah pada malam hari. Ahahh.

Bermula dari semalam peringkat kalah mati telah berlangsung menampakkan pasukan Korea Selatan tewas kepada pasukan Uruguay 1-2. Jaringan pertama dijaringkan oleh pemain dari pasukan Uruguay iaitu Luis SUAREZ pada minit ke-8 dan jaringan itu kekal hingga separuh masa pertama. Memasuki separuh masa kedua, pasukan Korea Selatan menukar corak permainan dan pada minit ke-68, LEE Chung Yong telah berjaya mengikat Uruguay 1 sama. Asakan demi asakan dari kedua-dua pasukan, akhirnya Uruguay berjaya menjaringkan gol kemenangan mereka pada minit ke-80 oleh Luis SUAREZ. Jaringan kemenangan oleh Luis Suarez itu membuatkannya mendapat gelaran "MAN OF THE MATCH" pada malam itu dan pasukan Uruguay berjaya ke suku akhir piala dunia yang akan berlansung pada 3/7 ini.

Manakala sebentar tadi baru sahaja berlansung perlawanan di antara pasukan Ghana dan Usa di Rustenburg. Perlawanan itu berakhir dengan pasukan Ghana menang dengan jaringan 2-1. Pada minit ke-5 Kevin Prince BOATENG telah menggembirakan peminat dan squad Ghana kerana telah menjaringkan gol yang pertama mereka. Namun gol itu tidak bertahan lama kerana pasukan USA berjaya mengikat perlawanan apabila Landon DONOVAN menjaringkan gol di minit ke-62 *ala penalti jehh. Dan 90 minit masa perlawan sebenar berakhir dengan GHANA 1-1 USA. Dan ketika memasuki masa tambahan, Asamoah GYAN berjaya meledak ke gawang lawan dan sekali lagi menggembirakan squad dan peminat Ghana dengan kemenangan yang penuh dramatik. Kemenangan ini menjanjikan tempat kesuku akhir Piala Dunia menentang pasukan dari Asia iaitu pasukan Korea.

Pada malam 28 June pukul 10 waktu Malaysia, pasukan Belanda akan menentang pasukan Slovakia di Durban. Manakala pada pukul 2.30a.m 29 June, Brazil akan menentang Chile. Sama-samalah kita menyaksikan perlawanan itu. Kepada sesiapa yang tidak melanggan siaran Astro marilah kita menyaksikan nya di TV1 *ade ke tak live punye ?. Untuk merasakan lebih feel jom kita menyaksikannya di restoran-restoran yang menyiarkan siaran langsung piala dunia, baru boleh sorak beramai-ramai. Ahahh

Sekian saja berita sukan dari belog ini. Saya Haris melaporkan. Assalamualaikum

Ahahh, banyak pula aku tulis pasal benda ni. So dalam World Cup ni korang mesti ada pasukan kegemaran kan ? Korang minat apa ? Belanda ? Jerman ? England ? Spain ? Ahh, tak kisah la. Kalau dorang menang pun kita tak dapat apa-apa kan ? HAHA, tapi takpe, apa salahnya. Kalau korang minat pasukan dari Eropah, aku pulak lebih berminat kepada pasukan dari Amerika Selatan macam :






Yeahh, ARGENTINA & PARAGUAY. Aku pon tak tahu kenapa. hmmm. takda hal r. Janji salah 1 dari pasukan aku menang. ehehh

HUHU. Negara manakah yang akan menggondol PIALA DUNIA ni ? Sama-samalah kita nantikan. haihh. Tak sabar pulak aku rasa :P



sekian, Assalamualaikum :)

26 June 2010

Starting Grid -


Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan :) Di sini aku nak ucapkan selamat datang ke belog aku yang tak semenggah lagi entah apa-apa ni. HAHA biasa la, budak baru belajar tentang dunia-dunia belog ini. So korang-korang semua yang rasa nak bagi cadangan untuk apa yang perlu ditambah lagi, adalah dipersilakan. Jasamu akan ku kenang, ingat daku dalam doa mu *karut ajer..

Err, belog ini mungkin pada suatu hari nanti akan menjadi sedikit mengarot kerana aku ni bukannya jenis yang suka menulis-nulis ni. So korang paham-paham r yee. Eheee