03 September 2010

Weeee~

Alhamdulillah. Masalah dah selesai... :DDDDDD

Eheemm, baru lepas sahur ni. Best-best makan nasi goreng, pastu pekena milo ais. Hahaha. Gaya dah macam orang berbuka pulak. Ahh, rileks la kan :P Hari ni hari Jumaat. Well, hari last sekolah dalam bulan puasa ni. What the syiokk !! Hahaha. Dah boleh nak tidur sampai kecerah la, tak payah pikir pasal nak pergi sekolah. Weee~

Tapi... Alangkah keterlaluannya memotong mood aku ialah kerana lepas buka cuti raya ni, aku terpaksa berdepan dengan peperiksaan percubaan SPM. What ??? Aku dah study ? Haram... --'' Main je kerja.

Tidak !!! Beraya dalam keadaan dupdap-dupdap la aku nanti. Huuu. Tapi tak apa, nasib baik cikgu ada bagi sedikit (yeahh sedikit la sangat) homework. Harap-harap aku tak "lupa" nak buat la. Hahahaha.

Wee~ Selamat Hari Raya !!

Ohh yaa, dah lambat.. tapi peduli apa aku.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53
i LOVE u MALAYSIA
Assalamualaikum :)

10 August 2010

Ramadhan 2010


"Aku memohon kepada mu Ya Allah agar Engkau mempermudahkan segala urusan harian ku dan Engkau perkuatkan iman ku untuk menempuhi hari-hari pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini " Amin..


Wee~ Seperti yang sedia maklum, esok Rabu : 11 Ogos 2010.. Bermulanya ibadah puasa bagi yang beragama Islam. Jadi dikesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Puasa jangan tak puasa tau. Syaitan-syaitan dah kena ikat. Jangan kita jadi syaitan sudah la yee. Harap-harap tak la kan :)




Kalau tak puasa nanti kena naik van mayat. Woo~ Seremmm..




07 August 2010


Haaa, dah agak berkurun lamanya aku tak update belog ni. Tengok ! Siap bersawang bagai, dengan ada binatang-binatang liar sampai kan. Binatang betul ! Cheese !

Yeahh, hari ni hari Sabtu : 7 Ogos. Sepatutnya ada sekolah ganti. Tapi sebab kan kemalasan aku yang amat sangat-sangat malas sangat. Maka aku buat keputusan majoriti sebulan suara nak ponteng. Wee~ Ala bukan selalu pun aku ponteng. Sekali sekala je :PTidur lagi bagus. Hee

Tapi masalahnya walaupun cuti dua hari, cikgu tetap bagi homework. Banyak la pulak tu. Haihh. SPM ! Kenapa kau makin dekat ? Pergi jauh-jauh tak boleh ke ? Dah la dengan T-Shirt kelas aku tu tak siap-siap lagi. Mereka-mereka nak hari Isnin. Tapi macam tak sempat je. Nak buat kerja Add Math lagi, Akaun lagi, BM, BI, Agama Islam.. Wahhh !!! Banyaknya ! Whyyy !!!!!!!!!!!!!!!!!
*Dugaannnnn


Ehem-ehemm. Minggu depan dah start bulan Ramadhan a.k.a bulan Puasa. Wee~ Tak sabar wehh.

17 July 2010

Wee..

Huagggghh ! King Kong punya bunyi ni. HAHAHA. Macam dah lama aku tak update belog ni. Malass ! Pemalas punya budak ! Cheese ! Banyak la pulak tanda seru !

Tadi tengok carita King Kong kat tv3. Ye, ulangan. Tapi sumpah aku tak pernah tengok full cerita ni. Ni pun tengok sekejap-sekejap je. Tapi Naomi Watts manyak cantik wooo. Ala yang berlakon jadi Ann Darrow tu. Mula-mula aku tengok macam biasa je, tapi bila tengok balik. Walaweyy, Cun ! Boleh jadikan dia sebagai awek aku ni. HeeeCun kan cun kan ?


Oh ye, disebabkan dah lama tak update blog ni. Maka aku dengan ini mengucapkan Tahniah kepada Spain kerana telah memenangi World Cup 2010. Tunggu la korang, 2014 nanti Argentina punya turn pulak menang.

Peace ya'll

11 July 2010

Saturday yang Cuti !

Ini hari aaa, sangat seronok la. Penuh dengan berjalan. Kaki pun sampai nak krem ni. HAHAHA. Adventure ini disertai oleh Aku, Mak, Kak Ngah. Abah tak dapat nak join kerana terpaksa bertugas dihari minggu, manakala Kakak pula masih di UiTM yang disayanginya itu HAHA Tempat pertama yang dilawati oleh kami bertiga adalah di Wangsa Walk. Tujuan utama pergi ke Wangsa Walk sebab nak beli beg Tropicana Life *nak branded je. Aku juga tidak lepas peluang membeli sehelai baju RAYA. Yeahh aku tahu awal lagi, tapi sekarang tengah SALE. Beli dua produk dapat discount 30%. Wahh menarik hahh ? HAHA Kechinggg. SOLD ! Dah beli barang, kitorang walk-walk la dekat Wangsa Walk. Pastu Kak Ngah ajak pergi main boling. Aku ni yang tengah gian nak main boling ni bagai nak tidur disorongkan bantal *karut lagi. Main sorang dua game. Entah la berapa ringgit semua, tapi aku bayar dekat Kak Ngah RM10 je. Eheee. Ni untung ada kakak ni. HAHA. Main-punye-main...

Wangsa Bowl

Aksi hebat dari Aku

Slow-mo Ball dari Kak Ngah

Scorebord game pertama. Horrayy bagi aku !
Masuk game kedua, Kak Ngah terpaksa memasukkan pemain gantian untuk menggantikannya di separuh masa kedua *dah macam bola pulak.


Yeahh, Disaing hebat oleh Mak.

Namun kehebatan aku tidak dapat disangkal lagi HAHA

Sikit gila score untuk game kedua ni --" malu je

Oh yaa, sebelum kitorang start main boling ni. Kitorang terserempak dengan Uncle Nimi. Apa daa, ingat nak lawan dia. Tapi dia dah habis dah. Haihh :P

Lepas dah puas main-main. Kami ke Carrefour pulak la untuk makan. Aku makan Mee Sizzling Kak Ngah pun sama. Mak makan Bihun Tom Yam. Sedap gila weh. Mana tak sedap, time tu dah pukul 2 lebih kot, perut dah berHardCore dah.
dah makan aku pergi arcade pulak, main game fevret aku Initial D ! HAHA walaupun kalah dengan player sebelah tu --" tapi puas la jugak dapat lepas gian. Hekhek

Lepas tu jalan-jalan dalam mart dia tu. Banyak pulak la hari ni dorang bagi tester. Aku pun tanpa melepaskan peluang, ambil je la. Free kan :P

apple ni bukan tester la.. selingan je

cermin ni tester bagi kami-kami yang gila cermin HAHA

Sebelum balik ke Batang Kali, kitorang pergi jalan-jalan ke rumah Kak Yen pulak. Rumah baru, semua dah siap tapi interior je tak siap lagi la. Tapi view dia, PERGGHHHH ! Kalau aku tinggal sini memang best laa. HAHA. Kak Yen kata kalau rumah ni dah siap dia suruh aku datang, belajar AKAUN dengan dia. Waaaaa, Akaun ? T.T



Lepas usha rumah Kak Yen, kitorang pun balik. Sebelum balik singgah McD, Kak Ngah belanja. Sedap betul kalau orang belanja ni. HAHAAA

Dalam pukul 7.35 malam kitorang sampai rumah. Mandi-mandi, rehat. Fuhhh, HEAVEN betul. Tidak lama kemudian dalam pukul 9 kawan-kawan ajak pergi training Kompang. Haihh. Punggung aku tak panas lagi ni *sedikit biru HAHA. Terpaksa la pergi. Huahuahua ! Letehh dah ni. Kejap lagi nak tengok bola pulak. HAHA sah-sah la aku tertidur kejap lagi. Lantak laa.

Peace !

BIG L<3VE FOR YOU !

08 July 2010

Solitaire --"

Add ImageBosan kan game ni. Tapi game ni jadi best bila kita tengah bosan. HAHA pelik ! Ntahlah kadang-kadang game ni buat aku sakit hati jugak bila main. Tapi bila dah menang tu, perghh puas gila ! Dulu masa kakak-kakak aku ada, aku selalu bersaing dengan dorang, siapa yang boleh menang dengan masa terpantas dia hebat HAHA masing-masing takde kerja. And u know what ? i got the fastest time among them all. HAHA masa aku ialah 62 saat dan markahnya 11931. Yeah tak laju mana pun. Tapi boleh la bagi aku yang NOOB ni. LALALA :P Sekarang aku rasa masa aku ni masih tidak dapat ditandingi oleh mereka-mereka itu. Well, ni solitaire Windows XP bukannya Vista ataupun 7, jadi gameplay dia agak lain la. Yes, aku tak up-to-date masih lagi pakai Windows XP.

*show off
Ahaaa, esok pula hari mesra bersama ibu bapa. Haaa habis la aku. Balik kena kaw-kaw ! :(