13 January 2011

Ujub Zaman Moden *iluvislam.com

Sekadar ingin berkongsi. Hehehe. Tadi masa kat Pejabat Belia, lepas bincang-bincang pasal bebarapa perkara. Duduk ''rehat-rehat'' jap. Sambil tengah rehat-rehat tu Nas tunjuk satu artikel dari surat khabar ILUVISLAM. Tajuk dia Ujub Zaman Moden. Macam bosan aku tengok tajuk dia, tak tergerak pun nak baca. Hahaha :P Pastu sekali imbas baca, uihh. Best gak, baru aku tahu Ujub tu abende. So ni aku nak kongsi dengan korang apa itu, Ujub. Hee. Copy paste je ni... dan mungkin artikel ni agak panjang, tapi apa salahnya luangkan sikit masa XD

"Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?



2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah."

Jadi, moga-moga kita bukan dalam golongan yang ujub. Amin...~

Ujub Zaman Moden

11 January 2011

Evolusi Kereta Lelaki Kelawar

Batman, hahaha. Teringat dulu kecik-kecik aku tengok cerita Batman the movie yang lawan dengan pakcik Joker ngan encik Two-Face. Paling teringat sekali sebab tengok movie ni pakai tape besar gedabak tu. Hahahaha. Klasik weh. Ada lagi ke hah yang pakai tape sekarang ni? Jadi setelah jalan-jalan mencari pasal Batman, sekali terjumpa laa gambar tentang evolusi Batmobile. Woahh, sangat cool la. Jadi, aku pun dengan baik hatinya share dengan korang XD



Super cool kan? Dapat sebijik pun aku dah bangga. Hahaha. Dengar cerita haritu masa KL Motor Show ada Batmobile jugak kan? Tapi Batmobile yang tipu. Hahaha. Nasib baik aku tak pergi sana :P

07 January 2011

HOMELESS lebih baik dari HOPELESS

Macam poyo je tajuk entry aku ni. Ok, today I would like to talk about some guy. "ala, lelaki lagi" ada korang rasa macam ni tak? Asyik cerita pasal lelaki je kan. Aritu pasal Aron, hari ni aku rajin pulak nak menaip pasal seorang pak cik dah macam pangkat atuk pun ada jugak.

Nama pak cik ni Ted Williams. Seorang HOMELESS, tetapi bukan HOPELESS sebab dia ada harapan untuk berjaya, tapi sadly dia tak mampu untuk tunaikannya. Awwww, nak cakap banyak pun susah. Korang tengok je video beliau...


Super awesome kan suara dia? Woahh, hahaha.

Lepas sehari/dua video ini tersebar kat Youtube, dia dah dapat kerja. Bukan sembarangan kerja. DJ radio lagi tau. Hahaha. At last, tercapai gak cita-cita pak cik ni. Tumpang gembira aku.


Dah hensem la pak cik ni, macam Presiden US pun ada jugak. Hahaha. Omg, aku suka suara dia. KLASIK.. happy ending untuk pak cik ni. Yeayyyyyy..

Moral of this story: JANGAN HISAP DADAH, JANGAN MINUM ALCOHOL. KALAU BERNASIB BAIK MACAM PAK CIK NI TAKPE LA. SEKALI TERUS MEREMPAT SAMPAI MATI? HAHAHAHA. SAMPAI MATI LA KORANG TERUS DIANGGAP MACAM SAMPAH

05 January 2011

Waa tabik lu brader..

Alhamdulillah, kenyang lepas makan nasi goreng yang terbaik dalam dunia ni. I love you mom. Hehehe. Ok dah kenyang.. Aku pulak rasa macam "WOW'' rajin ler pulok nak buat entry baru. Wee~ Idea mari ni. Hehehehe

Err, korang perasaan tak kat profile FB aku, ala yang macam kat bawah ni.. Ada tiga orang yang memberi inspirasi kepada aku. Cewwahh. Hahah
a. Salah seorangnya Aron Ralston. Kenal sape mamat ni? Tak kenal? Kalau dah kenal pun takpe la, aku nak perkenalkan jugak kat korang.


Serba sedikit tentang dia :
  • Full name : Aron Lee Ralston
  • Born : October 27, 1975
  • Pendaki gunung, dan sekarang jadi public speaker
  • *lower arm belah kanan -TIADA-
Kenapa takda? Ni la aku nak cerita sikit. Meh rapat-rapat, meh dekat-dekat. Ini bukan lagu Ana Raffali tu. Ni kalau kita rapat pun takpe, tak dosa pun.




Mamat ni dahulunya hobi dia (hobi la rasanya) mendaki gunung. Pantang ada gunung, ada la dia nak daki. Tapi gunung Kinabalu aku tak pasti pulak. Jadi, pada satu hari yang cukup malang bagi mamat ni. Sedang dia mendaki Blue John Canyon pada tahun 2003, dia tergelincir dan tangan dia tersepit di antara bongkah batu. Selama 127 jam cubaan untuk melepaskan diri, tapi gagal. Selama tu jugak la dia merakam dan ambil gambar, video yang dirakamkan bertujuan untuk menyampaikan wasiat kepada ahli keluarganya. *woahh, sadis...

Dalam tempoh 127 jam ini jugak lah, dia hanya minum air kencing dia untuk terus hidup. Akhirnyaaaa, dia mengambil tindakan nekad untuk menyelamatkan dirinya dari terus terperangkap dalam tu. Dia terpaksa memotong tangannya yang tersepit tu. Dia memotong tangan tu hanya dengan menggunakan pisau lipat jer. Akibat pisau tu dah digunakan untuk mengikis bongkah batu, pisau tu pun jadi tumpul.

Dengan keadaan pisau yang tumpul tu la dia guna untuk potong tangan. Lepas tu, untuk memudahkan kerja pemotongan, dia dengan tekad untuk terus hidup terpaksa mematahkan tangannya yang tersepit tu (gile seriau), setelah dua kali cubaan, akhirnya kedua tulang yang bersambung dengan bahagian yang tersepit dapat dipatahkan. Dah patah tu, dia teruskan lagi memotong bahagian daging yang masih melekat pada tangan yang tersepit tu. Bahagian yang rawan yang kenyal pula dipotong menggunakan playar.

Dah bebas tu, dia dengan tanpa bantuan sempat abseil turun dari ketinggian 65 kaki sebelum terserempak dengan pasangan Belanda yang bantu memberikan pertolongan.






Sekian lama masa berlalu, pengalaman si mamat ni dijadikan movie aku tak pasti movie ni keluar kat Malaysia ke tak. Tajuk filem ni 127 Hours. Kalau ada tayang kat Malaysia ni, awal-awal lagi aku book ticket. Hahaha.Power la mamat ni, tabik kat dia. Walau macam mana pun, dia bertekad jugak untuk terus hidup. Ni baru betul manusia. Bukan macam manusia sekarang ni, baru putus cinta dah nak bunuh diri. Manusia-manusia --''

Ni trailer dari filem 127 hours....

Mari menjadi superhero atau villain

Muahahaha. Aww, nyah. Dulu kecik-kecik dahulu kala, pernah jugak aku teringin nak jadi Superman.. Superman best wooo~ Dia memang kuat, lari pun laju. Of course kalah si Bolt tu. Hahaha. Tapi yang paling best pasal Superman ni sebab mata dia. Yeah, mata dia boleh tengok benda di sebalik benda. Kewl... Ok-ok, nak jadi superman/superhero ni senang je. Nak jadi villain pun boleh. Ikutilah cara-cara yang berikut :-

Senangkan? Hahahaha. Ada lagi....



Menarik? Nak ikot cara ni? Hahahaa. Ikot suka korang la :P

I miss you darl..

Guys. happy new year!!
Walaupun agak lambat, tapi who cares? Hehehe. Dah masuk tahun baru, tapi azam tahun lepas pun aku lupe ape. Hahaha. Ok la, boring la. Asyik-asyik kalau new year cite pasal azam. Bosan kan?

Hmm, best new year tahun ni *setiap kali new year pun best ape. Hehehe. Yela best sebab besday aku. OMG aku dah 18 tahun. Alhamdulillah. Usia dah meningkat, amal ibadat? --'' Ok, tahun ni aku tak dapat lari dari tepung macam tahun lepas. Aku tak expect pun dorang nak buat gak sebab baru pukul 11 lebih masa 31 december aritu. Sekali... Cheese cake betul!!

Tahun 2011 ni aku bukan lagi pelajar sekolah. Uhuuuu. Mula-mula seronok je, yela dah dewasa. Hahaha. Sekali... sedih wehh, tengok budak-budak pakai uniform sekolah. Bukan sedih ape, sedih sebab tak dapat nak rasa dah jadi seorang pelajar sekolah T_____T Tak dapat nak gurau-gurau dengan cikgu, tak dapat nak usha-usha junior. Junior sekolah aku hot wehh. Hahaha. Err, aku usha junior perempuan je la. Eeeuuww, I'm not gay ok? Hahhaa :P Tak dapat nak makan nasi lemak kat kantin sekolah dalam keadaan berebut-rebut laa.

All that, fuuuu... Bring a lot of memories weh korang. Kalau la masa ni boleh undur, aku undur balik masa ni. Kalau macam game GTA pun best gak, habis satu mission tu, restart balik game. Hahaha. Takde kejee --''
selingan je, bukan aku la kalau macam ni.

Masa sekolah dulu aku asyik je tak sabar nak habis sekolah. Bila dah habis sekolah rasa macam nak sekolah balik. Hahaha. Biasalah,, aku rasa perasaan aku ni sama je dengan mana-mana korang yang dah habis sekolah kan? Kan? kan? Tak ke? Takpe laa... Aku je la yang rasa macam ni :(

Tapi tengok kat tv bila dorang tunjuk ragam budak-budak darjah satu, kalakar pulak. Hahaha. Teringat time kecik-kecik dulu, nak g sekolah bukan main susah lagi. Haha. Pastu kecik-kecik dulu cita-cita semua sama je, askar, cikgu, dokter, pilot. Hahaha. Terindah tu kenangan, mana boleh dapat dah T_____T

Nak cerita lagi ni, tapi rileks aaa dulu. Aku nak pikir ayat-ayat menarik dulu. Ni pun dah tunggang terbalik dah ayat. Hahaha.

p/s: harga minyak dah naik