05 January 2011

Mari menjadi superhero atau villain

Muahahaha. Aww, nyah. Dulu kecik-kecik dahulu kala, pernah jugak aku teringin nak jadi Superman.. Superman best wooo~ Dia memang kuat, lari pun laju. Of course kalah si Bolt tu. Hahaha. Tapi yang paling best pasal Superman ni sebab mata dia. Yeah, mata dia boleh tengok benda di sebalik benda. Kewl... Ok-ok, nak jadi superman/superhero ni senang je. Nak jadi villain pun boleh. Ikutilah cara-cara yang berikut :-

Senangkan? Hahahaha. Ada lagi....



Menarik? Nak ikot cara ni? Hahahaa. Ikot suka korang la :P

I miss you darl..

Guys. happy new year!!
Walaupun agak lambat, tapi who cares? Hehehe. Dah masuk tahun baru, tapi azam tahun lepas pun aku lupe ape. Hahaha. Ok la, boring la. Asyik-asyik kalau new year cite pasal azam. Bosan kan?

Hmm, best new year tahun ni *setiap kali new year pun best ape. Hehehe. Yela best sebab besday aku. OMG aku dah 18 tahun. Alhamdulillah. Usia dah meningkat, amal ibadat? --'' Ok, tahun ni aku tak dapat lari dari tepung macam tahun lepas. Aku tak expect pun dorang nak buat gak sebab baru pukul 11 lebih masa 31 december aritu. Sekali... Cheese cake betul!!

Tahun 2011 ni aku bukan lagi pelajar sekolah. Uhuuuu. Mula-mula seronok je, yela dah dewasa. Hahaha. Sekali... sedih wehh, tengok budak-budak pakai uniform sekolah. Bukan sedih ape, sedih sebab tak dapat nak rasa dah jadi seorang pelajar sekolah T_____T Tak dapat nak gurau-gurau dengan cikgu, tak dapat nak usha-usha junior. Junior sekolah aku hot wehh. Hahaha. Err, aku usha junior perempuan je la. Eeeuuww, I'm not gay ok? Hahhaa :P Tak dapat nak makan nasi lemak kat kantin sekolah dalam keadaan berebut-rebut laa.

All that, fuuuu... Bring a lot of memories weh korang. Kalau la masa ni boleh undur, aku undur balik masa ni. Kalau macam game GTA pun best gak, habis satu mission tu, restart balik game. Hahaha. Takde kejee --''
selingan je, bukan aku la kalau macam ni.

Masa sekolah dulu aku asyik je tak sabar nak habis sekolah. Bila dah habis sekolah rasa macam nak sekolah balik. Hahaha. Biasalah,, aku rasa perasaan aku ni sama je dengan mana-mana korang yang dah habis sekolah kan? Kan? kan? Tak ke? Takpe laa... Aku je la yang rasa macam ni :(

Tapi tengok kat tv bila dorang tunjuk ragam budak-budak darjah satu, kalakar pulak. Hahaha. Teringat time kecik-kecik dulu, nak g sekolah bukan main susah lagi. Haha. Pastu kecik-kecik dulu cita-cita semua sama je, askar, cikgu, dokter, pilot. Hahaha. Terindah tu kenangan, mana boleh dapat dah T_____T

Nak cerita lagi ni, tapi rileks aaa dulu. Aku nak pikir ayat-ayat menarik dulu. Ni pun dah tunggang terbalik dah ayat. Hahaha.

p/s: harga minyak dah naik

30 December 2010

Senafas kelegaan dan segunung ucapan tahniah buat skuad kebanggsaan kita kerana dah berjaya mengalahkan pasukan garuda, agregat 4-2. MUAHAHAHAHA. Macam yang kita semua dah agak, garuda mesti guna strategi menyerang. Tapi pujian kita patut bagi kat pemain pertahanan ngan keeper kita Khairul Fahmi. Waa caya sama korang!!
read more
Macam mana la perasaan penyokong-penyokong Indon kan. Hahaha. Who cares? Do I? NO!! :P Takde laa, dorang pun hebat gak tadi, semangat kesukanan yang tinggi masih ada. Bagus-bagus. Jadi, top scorer untuk Piala Suzuki ni jatuh kepada Shafee. Tahniah bro! MVP pula dapat kat pemain Indon. Tapi aku rasa yang lagi layak Khairul Fahmi, tak pun Shahrul Idlan Talaha(gomo klate gomo). Hahaha.

Kat stadium Bung Karno tadi tak nampak pula geng-geng Ultraman. Ada laser pun, kejap je. Ingatkan ada la Ultraman mengganas. Tapi ''hampa''. Barangkali laser dorang habis beteri. Hahaha :P

Tahun ni sukan kat Malaysia ni mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Sukan Komenwel, ngan Sukan Asia kita dapat capai target pingat emas. Fuhh. Power Malaysia ni. Bangga aku jadi anak Malaysia. Lagi bertambah bangga dengan kemenangan ni lepas defender Man Utd, Rio Ferdinand ada ucapkan tahniah untuk Malay
sia kat Twitter dia. Woahhh
P/S: Cuti umum 31hb ni. Hahahahaha

29 December 2010

Same opponent, same result




Alohaa geng, lama jugak aku tak update entry baru. Dan hari ni aku dah berjaya selesaikan masalah yang gila kentang punya tak best. Hoorayy!!

Ok, korang dah tahu kan Malaysia menang dengan Indonesia 3-0? Tapi ni hanya 90 minit yang pertama, ada lagi 90 minit yang perlu skuad Malaysia lalui. Aku pasti, 90 minit yang kedua di stadium Bung Karno, Indonesia mesti dan pasti ada benda pelik yang akan penonton/penyokong Indonesia lakukan.....

Dorang nak balas dendam untuk pasukan kebangsaan dorang atas kekalahan yang agak besar 0-3. Macam-macam tuduhan yang dorang bagi, tak cukup dengan laser yang KONONnya dari penyokong Malaysia yang sebabkan penjaga gol TERboloskan gol. Dorang tambah lagi dengan tuduhan yang KONONnya kita dah bomoh pasukan Indonesia supaya dorang gatal-gatal. Whaaaatttt??? Kita yang pakai bomoh? Memang tak laa.

Kalau nak ikotkan, dari dulu lagi. Sejak peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF lagi, time perlawanan pertama Indonesia menentang Malaysia yang berkesudahan 5-1 memihak kepada pasukan Indonesia. Laser telah digunakan dan diarahkan kepada penjaga gol Malaysia. Malaysia kalah lagi teruk kot. Tapi Malaysia tak bising-bising pun. Stay cool je.
Tengok tu, tengok tu. Masalah-masalah

Ok, kita tinggalkan kisah lama, sekarang kita buka cerita baru. Hari ni punya pasal. MUAHAHAHAHA. Tarikh keramat hari ni. Tak sabar pulak aku nak tengok pasukan mana yang bakal memegang piala tu. Harap-harap Malaysia menang. Bangga woo kalau Malaysia menang sebab Malaysia dah 14 tahun tak jejak kaki ke final. Fuuhh. Lama tuuuu.....

Tambahan lagi(dah macam karangan BM plak), dalam surat khabar berita harian. Julia Perez(aku pun tak kenal) nak pakai seksi untuk mengganggu tumpuan pemain Malaysia. Errrr.. --'' Pastu, aku pun dengar-dengar akan ada penjualan laser secara besar-besaran hari ni. Hahaha. Biarkan je la mereka. Sabar je laaaaaa :]

Ok, "SAME OPPONENT, SAME RESULT". Tajuk aku ni bermaksud ; Lawan yang sama, keputusan yang sama.... MENANG.

Aku pasti taring harimau kita pasti akan semakin tajam untuk sekali lagi meratah skuad pagoda. InsyaAllah :] Best of luck untuk Malaysia. Mainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi. :*

17 December 2010

Hujé

Seharian hujan hari ni, aku pun macam biasa, seharian berselimut, seharian tidur. Otak pun dah jadi berat. Hahaha. Tidur je la, kat rumah takde orang. Mak ngn Ayah aku g shopping kat KL, malas nak ikot. Ingat tak ikot tu, boleh la g round 1 Batang Kali ngan sahabat2, sekali hujan daaaa~. "Seronok" betul bila masa yang ada ni aku isi dengan tidur je. Ntah dah berapa liter air liur aku expired(basi) pun aku tak tahu. Siap boleh buat peta. Haishh, apa aku cerita ni? Kotor betul. Hahaha.

Damn, aku dah bosan. Bila tak ada orang kat rumah ni, makanan pun ala2 kadar je la. Dan sekarang, aku starving. Bukan tak ada makanan, ada. Tapi aku biasa la, makan sekali mana cukup. Hahahaha. Lagipun hujan2 camni lapar weh. Orang kata kalau sejuk2 makan apa pun sedap, pergh macam tu la aku rasa sekarang ni. Tapi yang bezanya aku tak makan. Ahh, mengarot lagi. Lantak laa. Oh dah pukul 8.35. Cerita Crossing kat NTV7 pun dah start. Aku pun nak kembali ke sofa yang selesa lagi hangat itu la.

Adioss korang. Assalamualaikum :D

16 December 2010

Semalam...

Semalam, yeah semalam. Satu hari aku ngan kawan-kawan g berjalan kat TS. Err, takde la satu hari pun, beberapa jam je pun. Hahaha. Daus, Nas, Afdal, Popoi, Shafiq dorang g sana dulu. Aku ngn Farid gerak naik kete. Mak aku bawak la, bukan aku. Aku takde lesen lagi. Ok, berbalik kepada ni. Lepas kitorang sampai sana, nasib baik dorang beli dah cerita Narnia tu. Narnia start pukul 12.10. So, kitorang makan la dulu. Nak makan kat food court, nak makan nasi la konon. Sekali tengok harga, semua tak bley blaaa. Hahaha. Kitorang pun turun balik, makan kat McD je laa. Habis makan kat sane, aku g refill air dulu. Simpan dalam beg, bawak masuk panggung. Hell no, tumpah sikit dalam beg aku. Nasib baik tak banyak.

Panjang lerr pulok intro aku. Sebenarnya aku nak cerita pasal cerita yang aku tengok semalam je. The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Perghhh, wa cakap sama luuu. Empat thumbs up aku bagi. Sekali dengan jari kaki aku angkat. Terbaik. Lawak, sedih dan semestinya penuh adventure.

Ikot IMDb, rating filem ni 6.8/10. Macam rendah je. Bagi aku filem ni layak dapat lebih lagi. Kali ni untuk Voyage of the Dawn Treader, karakter utamanya Prince Caspian manakala Lucy dan Edmund dari 4 orang beradik ni je yang ada. Susan yang cantik a.k.a awek aku tu dengan Peter tak join. Tapi takpe, sebab kali ni ada penyeri. Eustace, sepupu dorang yang secara tak sengaja dan dengan bukan kerelaan hatinya ter'join' dalam babak2 menarik cerita ni. Hahaha. Eustace ni pada mulanya memang tak suka dengan Lucy dan Edmund ni, dan bertambah tak suka bila termasuk dalam dunia Narnia. Tapi apa yang lawak tentang watak lakonan Will Poulter ialah sebab dia ni banyak cakap, pastu dengan gaya dia, muka dia. Perfect untuk jadi pak lawak. Hahaha. Gelak je kitorang bila sampai kat babak budak ni. Tapi lama-lama Eustace ni berubah sejak dia terkena sumpahan yang menyebabkan dia jadi seekor naga. Sejak dari ni, dia kenal erti sebenar persahabatan dan dah waras la sikit. Haha.

Mereka ini berlayar dengan kapal Dawn Treader, cantik kapal ni. Tujuan sebenar pelayaran dorang ni sebab nak cari tujuh bilah pedang kepunyaan bangsawan/pahlawan dan selamatkan pendudukyang 'ditelan' oleh kabus hijau. Jadi, melalui pelayaran dorang ni. Dorang terpaksa menempuh pelbagai masaelah. Dan akhirnya...

Korang tengok la sendiri. Best woo... Tak rugi belanja 7 hengget korang tu untuk cerita ni. Bagi aku filem ni filem wajib tonton untuk tahun 2010 ni. Ni trailer untuk filem ni :


Lepas dah habis tengok cerita ni, ktorang g main game kat arcade. Hahaha. Baru aku tahu yang kat TS ni ada dua arcade. Apo daa~ Kitorang nak lawan main Initial D, tapi kat arcade yang pertama kitorang g tu, yang boleh lawan dua hanya Intial D stage 5. Hell no la kalau nak guna 4 token. Aku main yang dua token je. Pastu g arcade kedua baru dapat lawan. Muahahaha*gelak poyo. Aku menang. Straight edge. Walaupun ada je yang mengacau tukar2 gear aku, dah la gear tu rosak. Hahaha. Tapi still, Daus ngan Shafiq menggigit jari. Hahaha. Hebat la jugak aku, tapi dalam kalangan kitorang2 je. Kalau lawan dengan yang dah siap ada kad tu, hehh makan asap jugak aku ni.

Lepas dah puas main, dah puas jalan2. Balik. Dalam KTM kat KL Central tu, ktorang terpaksa tunggu train yang kedua sebab kitorang tak dapat masuk, dah macam sardin pulak. Nasib baik kat train yang kedua dapat masuk, dan tu pun macam sardin. Terpaksa aku kecikkan badan aku yang sememangnya 'kecik' ni. Hahaha.

Lepas dah sampai rumah, rehat2... Tengok skuad bola sepak kebangsaan menang ke atas Vietnam, 2 berbalas 0. Yeahh, tembah seronok aku seharian tu. Hahaha. Aku harap Malaysia dapat g ke final dan seterusnya menang kejuaraan ni. Aku yakin, kalau skuad Malaysia beraksi macam semalam, harapan aku dan rakyat Malaysia pastinya tercapai. Aaauuummmm... Malaysia Boleh.

Ermm, tu je la kot aku nak tulis. Sekarang aku nak g makan. Lapar ni. Assalamualaikum korang. Big heart untuk korang.