30 April 2011

La la la la, hari-hari kerja.. Esok cuti ha ha


Entry kali ni dalam bahasa inggeris, malas nak traslatekan. Lagipun korangkan pandai, takat bahasa inggeris, alah kacang je. Ye dok? So, enjoy reading..

"May 1 is a national holiday in Malaysia. Malaysia started observing the holiday in 1972 following an announcement by the late Malaysian Deputy Prime Minister, Tun Dr Ismail. In his historic speech, he hoped that the decision to observe May 1 as a national holiday would encourage the Malaysian labor movements to feel the need to be bound to the purpose of the national aspiration.

But in Malaysia there are various history models that can be learnt in terms of the sacrifices made by the workers toward helping the country progress economically and technologically. May 1 should be the day to commemorate the contributions of Malaysian ordinary workers to the country. Without those contributions, the local and foreign companies that once invested or have been investing in Malaysia would not make huge profits.

Unlike in Malaysia where the statutory 48 hours maximum working week is being practiced, working time in most Western European countries is declining steadily. Even though many perceive that less is produced, the result of reducing maximum working week is actually the opposite. Reducing maximum working week has in fact contributes toward enhancing productivity. France adopted the 35-hour working week in February 2000. The main advantage of reducing maximum working week is to enhance the quality of life among workers.

But the period of time that workers spend daily in some Monday-to-Friday companies in Malaysia is actually at least 10 hours per day. A worker clocks in at 8:00 am and the day ends at 6:00 pm. A 1-hour break is given to each worker. That means a worker actually works at least 45 hours per week. Even though the company claims to practice 48 hours maximum working week, but it is still incomparable to that practiced in most Western European countries. In another company, a worker clocks in at 8:30 am and the day ends at 6:00 pm. But he or she has to work another 8 hours on two Saturdays each month. A 1-hour break is given to each worker. That means a worker has to work for at least 46.5 hours per week in certain weeks.

Another area to consider is the 1-hour break is given to each worker. Both companies do not compensate their workers for rest breaks and meal periods. This is common among companies in Malaysia. To compare with, the overtime laws for non-exempt employees in the United States prohibit employers to ask the workers to simply work off the clock. That means both companies shall compensate the workers by reducing another 1 hours from a worker's working day without reducing the basic salary or simply pay them for the extra effort they have given. Taking into account the 1-hour break means that the company is asking its workers to work 50 hours per week. The maximum working week in Malysia is only 48 hours. But the company has not been paying the workers for the extra two hours. At the second company, the working hours in certain weeks shall be 51.5 hours if the 1-hour break is included. Whether the practice complies to the Malaysian laws or not, we leave the question to the employers and the legal community.

Does the current labor practice make Malaysia a more developed country? What we can actually see is that Malaysia is still lagging behind in many areas. Moreover, can we expect the workers to become highly motivated with the steadily increasing prices of goods?"

Malaya History

p/s : Selamat Hari Pekerja. Kerja dengan ikhlas bukan dengan malas. Ok?

25 April 2011

How Fast Are You?

Entry ni aku buat sebab aku bosan dan malas. 

Korang main la game kat bawah ni. Game ala-ala puzzle word. Menguji minda gituuu~~

5 Cara Baru Ikat Tali Leher

Tak tahu ikat tie? Tak ada tempat untuk belajar? Jangan risau lagi, saya di sini akan menyelesaikan masalah anda. Saya dengan berbesar hati akan tunjukkan cara mengikat tali leher dengan cara baru, bukan satu! tapi lima!! Ok, tepuk sikit..

23 April 2011

Apesal ni? Hahh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang semua tahu tentang Apesal.com? Kalau tak tau, aku nak bagitahu ni. Apesal.com ni membantu korang untuk meningkatkan trafik, membina backlink dan juga menghubungkan kita dengan blogger-blogger lain. Aku baru je daftar dalam Apesal.com ni lebih kurang 3 hari lepas kot. Dalam masa sehari je lebih kurang seratus orang dah view blog aku. Ok, seratus tak ramai bagi otai-otai macam korang, tapi saya ni baru je pandai nak merangkak dalam dunia blog, dan seratus viewer telah membuatkan aku nak buat kenduri kesyukuran. Hahaha.

Ok now see the truth!!

22 April 2011

Justin Bieber yang serius poyo



KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2011: Demam penyanyi remaja popular, Justin Bieber telah pun berakhir malam tadi menerusi konsertnya yang julung kali diadakan di Malaysia iaitu Justin Bieber My World Tour.

Tidak dinafikan fenomena Justin Bieber sememangnya luar biasa. Bayangkan tiket sebanyak 15,000 ribu telah habis dijual dalam sekelip mata. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam.

Jalan yang sesak sepanjang sekitar Stadium Merdeka, usah diperkatakan lagi serta disulami hujan lebat sementara menanti konsert bermula.

Meskipun ada yang merayu untuk memasuki stadium lebih awal daripada waktu yang dijadualkan jam 7 malam, namun ra-rata mereka kehampaan kerana pintu hanya dibuka mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Tepat jam 8 malam, kemunculan Mizz Nina, membawakan tiga buah lagu yang mana antaranya adalah What You Waiting For telah meredakan sedikit kegelisahan peminat Bieber yang telah sekian lama menantikan kehadirannya.

Usai selepas Mizz Nina habis menyanyi, mereka kembali menjerit-jerit memanggil anak didik Usher itu supaya tampil segera ke pentas. Tetapi, Justin Bieber lebih selesa membuatkan peminatnya gelisah menanti kerana dia hanya akan muncul tepat jam 9 malam.

Memasuki 10 minit lagi sebelum jam 9 malam, sementara menanti detik permulaan, tiba-tiba suasana sekitar pentas sedikit tegang. Semuanya berlaku disebabkan petugas media yang terdiri daripada jurukamera dan jurugambar tidak dibenarkan menangkap gambar si comel tersebut.

Situasi itu menyebabkan petugas media dan pihak pengurusannya bertekak kerana mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum ini, pihak media telah dibenarkan untuk merakamkan gambar dan visual untuk tiga buah lagu awal dendangannya saja.

Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Justin Bieber yang comel itu kerana kononnya dia telah kecil hati dengan pihak media tempatan yang telah pun menangkap gambar sewaktu ketibaannya bersama buah hatinya, Selene Gomez di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Remaja kelahiran Kanada ini, dikatakan berang kerana gambarnya bersama kekasih hati dirakamkan menerusi lensa jurukamera.

Di sebabkan itu, penyanyi berusia 17 tahun ini mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana petugas media cetak atau elektronik mengambil gambar dan visual konsertnya.

Malah, dia juga mengugut untuk tidak memulakan konsert selagi petugas media ada berdekatan pentas dan berhasrat untuk merakamkan aksinya. Sikap Bieber yang dilihat kurang professional, besar kepala atau kekwat itu sememangnya menyusahkan pihak media yang bertugas.

Sementara itu, jika mahu diulas mengenai konsertnya, apa yang boleh dikatakan tidaklah sehebat mana pun. Mungkin, dia mampu menyanyi namun dia kelihatan agak kaku apabial beraksi di atas pentas. Hanya tahu nyanyi dan nyanyi dan nyanyi!. Tiada langsung komunikasi antara dua hala bersama peminat.

Jika ada pun, berulang kali yang Bieber hanya tahu sebut, ada ramai gadis cantik hari ini. Setiap kali diulang, setiap kali itulah peminat wanita atau pun mungkin ada juga peminat lelakinya yang akan menjerit.

Penyanyi ini juga lebih banyak berinteraksi bersama peminat menerusi rakaman visual percakapannya yang dipasang di skrin besar.

Dari segi vokal usah dipertikaikan sangat kerana rasanya semua sudah sedia maklum bahawa suara lelaki berusia 17 tahun itu yang boleh dikategorikan sekadar bolehlah menyanyi.

Memulakan persembahan menerusi lagu Love Me, si cilik berusia 17 tahun, membuatkan peminatnya histeria. Belum lagi ketika dia membuat reaksi wajah comelnya di pentas yang dapat disaksikan menerusi skrin besar oleh peminatnya.

Itu lagilah membuatkan peminatnya kehabisan suara akibat menjerit. Meneruskan nyanyian dengan lagu Bigger dan You Smile, aksi tarian Bieber juga dilihat biasa-biasa sahaja.

Tetapi bagi peminat fanatiknya, sememangnya apa sahaja yang dilakukannya terbaik bahkan sewaktu Bieber membuka jaketnya kerana kepanasan turut mengundang jeritan.

Mendendangkan lebih 10 buah lagu antaranya One Less Lonely, Somebody To Love dan Never Say Never, apa yang boleh dikatakan sepanjang lebih sejam menyaksikan konsert si comel kegilaan ramai ini tidak dapat dirasai klimaksnya.

Jika ada pun mungkin sewaktu dia membuat kejutan dengan menjemput penyanyi Good Charlotte, Joel Maiden mendendangkan lagu Want Be Love.

Menutup tirai konsert anjuran Tune Talk ini, Bieber tampil menyanyikan lagu popularnya Baby buat peminatnya. Jika dihitung konsert semalam, mungkin konsert Bieber hanya sekadar cukuplah sekali untuk disaksikan!.

sumber : MURAI.com.my


Ini.. ini.. bangang!! Menyampah gila aku dengan mamat poyo ni. Adik please be matured ok! Dah 17 tahun kan? Nak merajuk, kecik hati bagai. Dah kata pun artis, mesti la pergi mana-mana pun paparazzi ada, ambik gambar semua. Nak tunjuk diva la tu. Puuiiii!! Bangang. Buat show pun tak ikhlas! Kesian peminat-peminat, nasib baik aku tak minat dia. Puiii!  
 - haRhys

Apa itu sex?

Sedang-sedang berjalan dalam local disk D, terjumpa satu note bertajuk "apa itu sex?". Woowww! Jadi saya sharekan kepada rakan-rakan :) heheheheee

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex
dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu
anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan
bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni... seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..


NAME:... ... ... ..
SEX:... ... ... ...
Class:... ... ... .
Subject:... ... ..



*kredit kepada penulis asal 

21 April 2011

Apa ada hal!

Sekarang dah jadi style budak-budak bawa menatang mahal DSLR bagai tu. Hehh, apa style-style? Tak kan aku nak ikot style dorang, sedangkan aku makan pun ikan kering? Saya pakai kamera handphne Sony E S312 je. Lagi win!

Tiba-tiba lampu terpadam bila cakap pasal DSLR ni, teringat dulu abah bawa balik camera SLR yang sangat rare dan klasik. Mana jumpa tarak tahu laa gua. Masa tu saya kecik lagi, tak tau pun menantang apa. Just godek-godek sikit, main dengan lens dia. Yang ni bukan digital ok, ini analog yang jenis pakai kodak tu. Berat boleh tahan. Tapi malangnya masa tu kecik-kecik. Abah bawak balik pun sebab terjumpa kot, maybe orang nak buang ke jual ke. Tak tau la, tapi memang rugi masa kecik-kecik tak tau amende. Tup-tup, teringat balik. Tanya balik kat mak, mak kata dah buang. Ok saya kecewa!! Kalau la ada lagi, pergi baiki sekarang juga woo. Pastu pergi mana-mana gantung kat leher, nak gelak apa? Klasik ni. Nanti boleh challenge dengan budak-budak DSLR tu. Hahahah. Ok, tapi tu tak kan terjadi :'(

Ni pun SLR gak, tapi bukan yang ni ayah aku jumpa.


macam ni la lebih kurang slr yang ayah aku jumpa, aku dah lupa brand. tapi lebih kurang la ni.

Apa ada hal! Tak ada SLR ke, DSLR ke tetap boleh ambil gambar jugak. Ye dok?

dengan Sony E S312 pun lawa jugak! :')
Shana dengan bergayanya tak habis makan

p/s : SLR juga bermaksud self loading rifle.


p/s *lagi : Al-fatihah kepada arwah pakcik ku, pak ngah/pok ngoh. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin 

18 April 2011

I'M BACK! (gaya cakap macam Terminator)

Halo, assalamualaikum. Wowwww~~ Lama tak update. Tak best betul.. Nak update, nak update, tapi sekarang baru update. Apodah! Ok, sekarang saya sangat bosan. Ingat nak buat pembaharuan kat blog ni. Memandangkan saya pun dah buat pembaharuan dari rambut panjang gila ke rambut pendek. Maka seiringan dengan itu *cewah* saya pun nak buat pembaharuan dengan blog ni. Amacam?? Hmmm. Lets see lah camne nanti.

Ok, saya rasa cukup sekadar ini. Nanti saya taip lagi. Terima kasih melawat. I never walked alone