25 January 2011

Apa ada di sebalik login page Facebook

Jeng-jeng.. Selama ni Mark dah mempergunakan untuk menyebarkan propaganda dia. Ciss punya Mark. Lepas ni kita pakai dRbook pulak weh. Boikot Facebook. Mari kita tengok apa yang ada di sebalik login page Facebook yang selama ni kita tak tahu.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Hahahaha. Just joking around je. Mark, don't sue me.. XD

24 January 2011

Hotel paling seram di dunia.

Guys~ Assalamualaikum. Gimme five dude or babe. Hohoho. Korang pernah main game? Takpe, biar aku teka. Pernah kan? Potong jari kalau korang ni dork sangat sampai game pun tak pernah main. Hahahaa.

Game zaman sekarang ni memang graphic tiptop la. Tak boleh tahan, dulu aku ingat lagi kecik-kecik aku main game racing Daytona gambar kotak-kotak. Hahahaa. Menggamit memori itu. Tapi sekarang, perghhh. Tengok je la macam game Grand Turismo yang latest punya. Graphic terbaik, 99% sama macam yang sebenar. Woahh. Kagum!!

Dalam teknologi yang serba canggih ni, korang nak main game secara free, online pun boleh. Macam game yang aku nak review ni. Game ni dah lama, tapi ramai jugak rasanya yang tak tahu.

Game ni nama dia, HOTEL 626. Pernah dengar? Kalau tak pernah atau tak main lagi, korang bukak website ni Hotel 626. Muahahahaha. Ok-ok, kita tukar kepada mood seram. Wuuuuu~

Hotel 626 ni berkisarkan tentang korang yang menginap di hotel ni la. Tapi tu la, hotel ni berhantu. Jadi korang kena lalui macam-macam jenis tempat untuk keluar dari hotel yang penuh dengan makhluk yang pelik nak mati. Disarankan korang main game ni dengan lampu atau cahaya yang seminimum mungkin. Manakala, sound speaker tu, kasi semaximum mungkin. Muahahaha. Kalau ada webcam lagi bagus. Dan..... main sorang-sorang la, baru feel.

Ok, ni screen shot untuk game Hotel 626.

Korang kena ambik gambar awek ni. (dalam gelap)

Hye sayang..

Si cilik yang comel.

Ahaa, lagi satu. Untuk pengetahuan korang, game ni hanya boleh main dari pukul 6 petang sampai la 6 pagi. Tapi ni takde hal pun, kalau korang takut nak main waktu-waktu malam(macam aku). Korang tukar je jam pc korang ni. Pastu nanti betul kan balik. Easy as ABC kan.

Kalau korang berniat nak main game ni, korang kena ada internet connection yang laju, baru la smooth je. Takde la sampai kena tunggu 5 minit untuk loading. Nanti mesti rasa bosan menunggu, sebab tu aku tak pernah habis main game ni. Hahahaha.

Lastly kalau korang rasa tak berminat langsung untuk main, atau korang memang tak ada keberanian :P Tengok je la video ni...

21 January 2011

Lirik di sebalik lagu

Ok kali ni aku nak cakap sikit tentang lagu terbaru BEP yang bertajuk Someday. Lagu ni bagi aku tak la best sangat, tapi lagu ni "unik". Bukan unik apa, tapi dalam lirik lagu ni ada menggunakan perkataan InsyaAllah. Aku tak tau tujuan sebenar dorang buat macam ni. Mungkin sebab nak naikkan kemarahan orang Islam? Entah la...~

Nak tau betul ke tak apa yang aku cakap, dengar la dari video Youtube kat bawah ni.. Lirik pun ada sekali.




[chorus]
Someday I'm gonna get it right, my life
Someday I'm gonna figure it out, maybe tonight
Coz I know I'ma get it right
And I know I'ma get it right
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho

[will.i.am]
I'm 'bout to get it, 'bout to get-get-get it
Can't do it little coz I'm big-big Willie
I'm 'bout to do it just like Bill Gates did it
Coz I was born, I was born to kill it
Gimme more dollars, gi-gimme more dollars
I need it bigger, I'm too big for smaller
I keep on workin' like I'm blue collar
I'm 'bout to get it, baby, inshallah.

[chorus]
Someday I'm gonna get it right, my life
Someday I'm gonna figure it out, maybe tonight
Coz I know I'ma get it right
And I know I'ma get it right
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho

Breathe...
Just breathe...
Now breathe...
Drop it

[appl.de.ap]

I came here from the Phillipines
In the plane with some big big dreams
I left everything I knew behind me
Like my mom and my family
People tell me that I ain't gonna make it
I got a finger aimed at all of them haters
In a minute you're gon' catch the papers
Coz in a minute I'ma get my paper

[chorus]
Someday I'm gonna get it right, my life
Someday I'm gonna figure it out, maybe tonight
Coz I know I'ma get it right
And I know I'ma get it right
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho
Someday, ooh ho hohoho
One day, ooh ho hohoho

[Taboo]
Someday you're wondering
If you're really gonna make it (oh yeah)
And sometimes you wanna know
Is there anyone to save you (oh yeah)
I know you've been down before
Like underneath the ground (under the ground)
Still got a little chance
To turn it all around (turn it around)
Soon your time will come
So, give it all you got (give it all you got)
Don't stop believing
So, give it all you got (give it all you got-got-got-got-got-got....)


Betul-betul menimbulkan tanda tanya dan tanda soal yang banyak macam ni ??????????????????????? kan? Hmmmm~

19 January 2011

Karya Agung Sepanjang Zaman

Dulu kecik-kecik aku memang hardcore kartun-kartun ni. Malah sekarang ni pun, 18 tahun umur aku, aku tetap layan kartun jugak. Yeah, kartun menceriakan aku tatkala aku berduka. Cewwahh.

Jadi duduk termenung depan PC yang berkuasa kuda yang bersamaan dengan kelajuan siput sedut ni, aku teringat satu cerita kartun yang aku anggap sebagai karya masterpiece. "USOP SONTORIAN" Kartun ni aku layan gila babeng, ulang banyak-banyak kali sampai ribu-ribu ratus pun aku tak kisah. Sebab cerita ni terbaik!!! Lawak yang fresh dan
bersahaja. Walaupun pergerakan kartun ni agak lembab, tapi sapa kisah? Janji best.. Lagipun dulu kecik-kecik tengok apa peduli sume ni. Hahaha


Dan.. Untuk pengetahuan, Usop Sontorian ini ialah siri animasi PERTAMA di Malaysia. Siri ini
direka oleh Encik Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Karisma Pictures Sdn. Bhd.


Usop Sontorian ialah nama seorang budak yang tinggal di Kampung Parit Sonto berdekatan dengan pekan Ayer Hitam, Johor. Dia anak bongsu dalam keluarga. Kakak dia, kalau korang ingat, selalu suruh dia beli asam boi kat kedai runcit. Hhahaha. Abang dia pulak ntah tak ada kerja lain, selalu jalan-jalan dengan basikal keliling kampung untuk cari Si Usop ni. Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh, ni la kawan-kawan sepermainan Si Usop. Paling best bila tengok dorang naik basikal Singh ramai-ramai. Hahaha. Tak b
oleh tahan. 4 orang naik 1 basikal, gilerrr cool. Kalau korang ingat balik, dalam cerita Usop Sontorian ni selalu jugak ada keluar seekor ayam jantan, kadang-kadang berkokok, kadang kerja g kejar cacing. Hahaha. Menurut wikipedia, nama ayam tu Selebet. Hahaha. Apa tu sele
bet ea? Macam lawak je...

Memetik dari laman wikipedia :
''Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antara
nya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng''


Ini sangat cool laaaa. Aku rasa cerita kartun yang dulu-dulu lagi best dari kartun sekarang ni. Aku berpendapat bahawa(ayat skema sket), Usop Sontorian ni lagi best dari Upin Ipin. Walaupun Upin Ipin ni comel, tapi tak seBEST macam Usop Sontorian. Tabik springggg kepada mereka-mereka yang menjayakan kertun
terbaik ni!!!!

18 January 2011

Gomo Kelate Gomo~



Woahh, Liga Super untuk tahun 2011 bakal bermula. Aku tak sabar nak tengok pasukan-pasukan yang hebat beradu kekuatan. Dan tahun ni, of course jugak aku sokong pasukan KELANTAN. GOMO KELATE GOMO!!!!


SENARAI PENUH SKUAD TRW 2011
1. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
2. Sharizan Ismail (GK)
3. Judtanna Eh Put (GK, NEW)
4. S. Subramaniam
5. Farisham Ismail
6. Rizal Fahmi Rosid
7. Daudsu Jamludin
8. Zairul Fitree Ishak
9. Zamri Ramli
10. Mohammad Abdul Aziz Ismail (NEW)
11. Wan Rohaimi Wan Ismail (NEW)
12. Mohd Badri Radzi (C)
13. Shakir Shaari
14. Khairan Eroza Razali
15. Wan Zaman Mustapha
16. Zulyusri Che Haron
17. S. Chanturu
18. Solehin Kanasian Abdullah @K.Soley (NEW)
19. Nurul Azwan Roya (NEW)
20. Danial Fadly Abdullah @Wirat Nom (NEW)
21. Norshahrul Idlan Talaha (VC)
22. Ramzul Zahini Adnan
23. Nizab Ayub
24. Khalid Jamlus (NEW)
25. Nicholas Chan (NEW from Cardiff City)

Ramai yang pergi, tapi ramai jugak yang datang. Woahahaha. Tapi still kena buat yang terbaik, hati-hati dengan pasukan-pasukan yang hebat macam Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, & Terengganu. Bola itu bulat, macam-macam boleh berlaku. Cewwahhh!~

Jadual perlawanan...
*klik untuk BESARRRRRRR~
p/s: Majulah sukan untuk negara. Gomo Kelate gomo!!!

13 January 2011

Ujub Zaman Moden *iluvislam.com

Sekadar ingin berkongsi. Hehehe. Tadi masa kat Pejabat Belia, lepas bincang-bincang pasal bebarapa perkara. Duduk ''rehat-rehat'' jap. Sambil tengah rehat-rehat tu Nas tunjuk satu artikel dari surat khabar ILUVISLAM. Tajuk dia Ujub Zaman Moden. Macam bosan aku tengok tajuk dia, tak tergerak pun nak baca. Hahaha :P Pastu sekali imbas baca, uihh. Best gak, baru aku tahu Ujub tu abende. So ni aku nak kongsi dengan korang apa itu, Ujub. Hee. Copy paste je ni... dan mungkin artikel ni agak panjang, tapi apa salahnya luangkan sikit masa XD

"Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?



2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah."

Jadi, moga-moga kita bukan dalam golongan yang ujub. Amin...~

Ujub Zaman Moden

11 January 2011

Evolusi Kereta Lelaki Kelawar

Batman, hahaha. Teringat dulu kecik-kecik aku tengok cerita Batman the movie yang lawan dengan pakcik Joker ngan encik Two-Face. Paling teringat sekali sebab tengok movie ni pakai tape besar gedabak tu. Hahahaha. Klasik weh. Ada lagi ke hah yang pakai tape sekarang ni? Jadi setelah jalan-jalan mencari pasal Batman, sekali terjumpa laa gambar tentang evolusi Batmobile. Woahh, sangat cool la. Jadi, aku pun dengan baik hatinya share dengan korang XD



Super cool kan? Dapat sebijik pun aku dah bangga. Hahaha. Dengar cerita haritu masa KL Motor Show ada Batmobile jugak kan? Tapi Batmobile yang tipu. Hahaha. Nasib baik aku tak pergi sana :P

07 January 2011

HOMELESS lebih baik dari HOPELESS

Macam poyo je tajuk entry aku ni. Ok, today I would like to talk about some guy. "ala, lelaki lagi" ada korang rasa macam ni tak? Asyik cerita pasal lelaki je kan. Aritu pasal Aron, hari ni aku rajin pulak nak menaip pasal seorang pak cik dah macam pangkat atuk pun ada jugak.

Nama pak cik ni Ted Williams. Seorang HOMELESS, tetapi bukan HOPELESS sebab dia ada harapan untuk berjaya, tapi sadly dia tak mampu untuk tunaikannya. Awwww, nak cakap banyak pun susah. Korang tengok je video beliau...


Super awesome kan suara dia? Woahh, hahaha.

Lepas sehari/dua video ini tersebar kat Youtube, dia dah dapat kerja. Bukan sembarangan kerja. DJ radio lagi tau. Hahaha. At last, tercapai gak cita-cita pak cik ni. Tumpang gembira aku.


Dah hensem la pak cik ni, macam Presiden US pun ada jugak. Hahaha. Omg, aku suka suara dia. KLASIK.. happy ending untuk pak cik ni. Yeayyyyyy..

Moral of this story: JANGAN HISAP DADAH, JANGAN MINUM ALCOHOL. KALAU BERNASIB BAIK MACAM PAK CIK NI TAKPE LA. SEKALI TERUS MEREMPAT SAMPAI MATI? HAHAHAHA. SAMPAI MATI LA KORANG TERUS DIANGGAP MACAM SAMPAH

05 January 2011

Waa tabik lu brader..

Alhamdulillah, kenyang lepas makan nasi goreng yang terbaik dalam dunia ni. I love you mom. Hehehe. Ok dah kenyang.. Aku pulak rasa macam "WOW'' rajin ler pulok nak buat entry baru. Wee~ Idea mari ni. Hehehehe

Err, korang perasaan tak kat profile FB aku, ala yang macam kat bawah ni.. Ada tiga orang yang memberi inspirasi kepada aku. Cewwahh. Hahah
a. Salah seorangnya Aron Ralston. Kenal sape mamat ni? Tak kenal? Kalau dah kenal pun takpe la, aku nak perkenalkan jugak kat korang.


Serba sedikit tentang dia :
  • Full name : Aron Lee Ralston
  • Born : October 27, 1975
  • Pendaki gunung, dan sekarang jadi public speaker
  • *lower arm belah kanan -TIADA-
Kenapa takda? Ni la aku nak cerita sikit. Meh rapat-rapat, meh dekat-dekat. Ini bukan lagu Ana Raffali tu. Ni kalau kita rapat pun takpe, tak dosa pun.




Mamat ni dahulunya hobi dia (hobi la rasanya) mendaki gunung. Pantang ada gunung, ada la dia nak daki. Tapi gunung Kinabalu aku tak pasti pulak. Jadi, pada satu hari yang cukup malang bagi mamat ni. Sedang dia mendaki Blue John Canyon pada tahun 2003, dia tergelincir dan tangan dia tersepit di antara bongkah batu. Selama 127 jam cubaan untuk melepaskan diri, tapi gagal. Selama tu jugak la dia merakam dan ambil gambar, video yang dirakamkan bertujuan untuk menyampaikan wasiat kepada ahli keluarganya. *woahh, sadis...

Dalam tempoh 127 jam ini jugak lah, dia hanya minum air kencing dia untuk terus hidup. Akhirnyaaaa, dia mengambil tindakan nekad untuk menyelamatkan dirinya dari terus terperangkap dalam tu. Dia terpaksa memotong tangannya yang tersepit tu. Dia memotong tangan tu hanya dengan menggunakan pisau lipat jer. Akibat pisau tu dah digunakan untuk mengikis bongkah batu, pisau tu pun jadi tumpul.

Dengan keadaan pisau yang tumpul tu la dia guna untuk potong tangan. Lepas tu, untuk memudahkan kerja pemotongan, dia dengan tekad untuk terus hidup terpaksa mematahkan tangannya yang tersepit tu (gile seriau), setelah dua kali cubaan, akhirnya kedua tulang yang bersambung dengan bahagian yang tersepit dapat dipatahkan. Dah patah tu, dia teruskan lagi memotong bahagian daging yang masih melekat pada tangan yang tersepit tu. Bahagian yang rawan yang kenyal pula dipotong menggunakan playar.

Dah bebas tu, dia dengan tanpa bantuan sempat abseil turun dari ketinggian 65 kaki sebelum terserempak dengan pasangan Belanda yang bantu memberikan pertolongan.






Sekian lama masa berlalu, pengalaman si mamat ni dijadikan movie aku tak pasti movie ni keluar kat Malaysia ke tak. Tajuk filem ni 127 Hours. Kalau ada tayang kat Malaysia ni, awal-awal lagi aku book ticket. Hahaha.Power la mamat ni, tabik kat dia. Walau macam mana pun, dia bertekad jugak untuk terus hidup. Ni baru betul manusia. Bukan macam manusia sekarang ni, baru putus cinta dah nak bunuh diri. Manusia-manusia --''

Ni trailer dari filem 127 hours....

Mari menjadi superhero atau villain

Muahahaha. Aww, nyah. Dulu kecik-kecik dahulu kala, pernah jugak aku teringin nak jadi Superman.. Superman best wooo~ Dia memang kuat, lari pun laju. Of course kalah si Bolt tu. Hahaha. Tapi yang paling best pasal Superman ni sebab mata dia. Yeah, mata dia boleh tengok benda di sebalik benda. Kewl... Ok-ok, nak jadi superman/superhero ni senang je. Nak jadi villain pun boleh. Ikutilah cara-cara yang berikut :-

Senangkan? Hahahaha. Ada lagi....



Menarik? Nak ikot cara ni? Hahahaa. Ikot suka korang la :P

I miss you darl..

Guys. happy new year!!
Walaupun agak lambat, tapi who cares? Hehehe. Dah masuk tahun baru, tapi azam tahun lepas pun aku lupe ape. Hahaha. Ok la, boring la. Asyik-asyik kalau new year cite pasal azam. Bosan kan?

Hmm, best new year tahun ni *setiap kali new year pun best ape. Hehehe. Yela best sebab besday aku. OMG aku dah 18 tahun. Alhamdulillah. Usia dah meningkat, amal ibadat? --'' Ok, tahun ni aku tak dapat lari dari tepung macam tahun lepas. Aku tak expect pun dorang nak buat gak sebab baru pukul 11 lebih masa 31 december aritu. Sekali... Cheese cake betul!!

Tahun 2011 ni aku bukan lagi pelajar sekolah. Uhuuuu. Mula-mula seronok je, yela dah dewasa. Hahaha. Sekali... sedih wehh, tengok budak-budak pakai uniform sekolah. Bukan sedih ape, sedih sebab tak dapat nak rasa dah jadi seorang pelajar sekolah T_____T Tak dapat nak gurau-gurau dengan cikgu, tak dapat nak usha-usha junior. Junior sekolah aku hot wehh. Hahaha. Err, aku usha junior perempuan je la. Eeeuuww, I'm not gay ok? Hahhaa :P Tak dapat nak makan nasi lemak kat kantin sekolah dalam keadaan berebut-rebut laa.

All that, fuuuu... Bring a lot of memories weh korang. Kalau la masa ni boleh undur, aku undur balik masa ni. Kalau macam game GTA pun best gak, habis satu mission tu, restart balik game. Hahaha. Takde kejee --''
selingan je, bukan aku la kalau macam ni.

Masa sekolah dulu aku asyik je tak sabar nak habis sekolah. Bila dah habis sekolah rasa macam nak sekolah balik. Hahaha. Biasalah,, aku rasa perasaan aku ni sama je dengan mana-mana korang yang dah habis sekolah kan? Kan? kan? Tak ke? Takpe laa... Aku je la yang rasa macam ni :(

Tapi tengok kat tv bila dorang tunjuk ragam budak-budak darjah satu, kalakar pulak. Hahaha. Teringat time kecik-kecik dulu, nak g sekolah bukan main susah lagi. Haha. Pastu kecik-kecik dulu cita-cita semua sama je, askar, cikgu, dokter, pilot. Hahaha. Terindah tu kenangan, mana boleh dapat dah T_____T

Nak cerita lagi ni, tapi rileks aaa dulu. Aku nak pikir ayat-ayat menarik dulu. Ni pun dah tunggang terbalik dah ayat. Hahaha.

p/s: harga minyak dah naik