17 July 2010

Wee..

Huagggghh ! King Kong punya bunyi ni. HAHAHA. Macam dah lama aku tak update belog ni. Malass ! Pemalas punya budak ! Cheese ! Banyak la pulak tanda seru !

Tadi tengok carita King Kong kat tv3. Ye, ulangan. Tapi sumpah aku tak pernah tengok full cerita ni. Ni pun tengok sekejap-sekejap je. Tapi Naomi Watts manyak cantik wooo. Ala yang berlakon jadi Ann Darrow tu. Mula-mula aku tengok macam biasa je, tapi bila tengok balik. Walaweyy, Cun ! Boleh jadikan dia sebagai awek aku ni. HeeeCun kan cun kan ?


Oh ye, disebabkan dah lama tak update blog ni. Maka aku dengan ini mengucapkan Tahniah kepada Spain kerana telah memenangi World Cup 2010. Tunggu la korang, 2014 nanti Argentina punya turn pulak menang.

Peace ya'll

11 July 2010

Saturday yang Cuti !

Ini hari aaa, sangat seronok la. Penuh dengan berjalan. Kaki pun sampai nak krem ni. HAHAHA. Adventure ini disertai oleh Aku, Mak, Kak Ngah. Abah tak dapat nak join kerana terpaksa bertugas dihari minggu, manakala Kakak pula masih di UiTM yang disayanginya itu HAHA Tempat pertama yang dilawati oleh kami bertiga adalah di Wangsa Walk. Tujuan utama pergi ke Wangsa Walk sebab nak beli beg Tropicana Life *nak branded je. Aku juga tidak lepas peluang membeli sehelai baju RAYA. Yeahh aku tahu awal lagi, tapi sekarang tengah SALE. Beli dua produk dapat discount 30%. Wahh menarik hahh ? HAHA Kechinggg. SOLD ! Dah beli barang, kitorang walk-walk la dekat Wangsa Walk. Pastu Kak Ngah ajak pergi main boling. Aku ni yang tengah gian nak main boling ni bagai nak tidur disorongkan bantal *karut lagi. Main sorang dua game. Entah la berapa ringgit semua, tapi aku bayar dekat Kak Ngah RM10 je. Eheee. Ni untung ada kakak ni. HAHA. Main-punye-main...

Wangsa Bowl

Aksi hebat dari Aku

Slow-mo Ball dari Kak Ngah

Scorebord game pertama. Horrayy bagi aku !
Masuk game kedua, Kak Ngah terpaksa memasukkan pemain gantian untuk menggantikannya di separuh masa kedua *dah macam bola pulak.


Yeahh, Disaing hebat oleh Mak.

Namun kehebatan aku tidak dapat disangkal lagi HAHA

Sikit gila score untuk game kedua ni --" malu je

Oh yaa, sebelum kitorang start main boling ni. Kitorang terserempak dengan Uncle Nimi. Apa daa, ingat nak lawan dia. Tapi dia dah habis dah. Haihh :P

Lepas dah puas main-main. Kami ke Carrefour pulak la untuk makan. Aku makan Mee Sizzling Kak Ngah pun sama. Mak makan Bihun Tom Yam. Sedap gila weh. Mana tak sedap, time tu dah pukul 2 lebih kot, perut dah berHardCore dah.
dah makan aku pergi arcade pulak, main game fevret aku Initial D ! HAHA walaupun kalah dengan player sebelah tu --" tapi puas la jugak dapat lepas gian. Hekhek

Lepas tu jalan-jalan dalam mart dia tu. Banyak pulak la hari ni dorang bagi tester. Aku pun tanpa melepaskan peluang, ambil je la. Free kan :P

apple ni bukan tester la.. selingan je

cermin ni tester bagi kami-kami yang gila cermin HAHA

Sebelum balik ke Batang Kali, kitorang pergi jalan-jalan ke rumah Kak Yen pulak. Rumah baru, semua dah siap tapi interior je tak siap lagi la. Tapi view dia, PERGGHHHH ! Kalau aku tinggal sini memang best laa. HAHA. Kak Yen kata kalau rumah ni dah siap dia suruh aku datang, belajar AKAUN dengan dia. Waaaaa, Akaun ? T.T



Lepas usha rumah Kak Yen, kitorang pun balik. Sebelum balik singgah McD, Kak Ngah belanja. Sedap betul kalau orang belanja ni. HAHAAA

Dalam pukul 7.35 malam kitorang sampai rumah. Mandi-mandi, rehat. Fuhhh, HEAVEN betul. Tidak lama kemudian dalam pukul 9 kawan-kawan ajak pergi training Kompang. Haihh. Punggung aku tak panas lagi ni *sedikit biru HAHA. Terpaksa la pergi. Huahuahua ! Letehh dah ni. Kejap lagi nak tengok bola pulak. HAHA sah-sah la aku tertidur kejap lagi. Lantak laa.

Peace !

BIG L<3VE FOR YOU !

08 July 2010

Solitaire --"

Add ImageBosan kan game ni. Tapi game ni jadi best bila kita tengah bosan. HAHA pelik ! Ntahlah kadang-kadang game ni buat aku sakit hati jugak bila main. Tapi bila dah menang tu, perghh puas gila ! Dulu masa kakak-kakak aku ada, aku selalu bersaing dengan dorang, siapa yang boleh menang dengan masa terpantas dia hebat HAHA masing-masing takde kerja. And u know what ? i got the fastest time among them all. HAHA masa aku ialah 62 saat dan markahnya 11931. Yeah tak laju mana pun. Tapi boleh la bagi aku yang NOOB ni. LALALA :P Sekarang aku rasa masa aku ni masih tidak dapat ditandingi oleh mereka-mereka itu. Well, ni solitaire Windows XP bukannya Vista ataupun 7, jadi gameplay dia agak lain la. Yes, aku tak up-to-date masih lagi pakai Windows XP.

*show off
Ahaaa, esok pula hari mesra bersama ibu bapa. Haaa habis la aku. Balik kena kaw-kaw ! :(

05 July 2010

Boom !

Haaa, tadi bersamaan dengan Ahad 4 Julai. Pagi nya amat la sejuk, perghh ! Walaweyy wa cakap sama luu. Pagi nye, dah tak pagi sangat la. Dalam pukul 10 aku bangun. Aku cakap dalam hati "apasal la alarm tak bunyi ? aku dah set pukul 8" haihh. Camtu la aku tiap kali bangun tak ikot time. Pagi ni hujan. Waaa memang seronok la kalau tidur. Tapi sebabkan nafsu nak tengok cerite katun tu lagi kuat, aku bangun kan badan aku. Pergi turun bawah. Cek dapur dulu, mana tahu ada breakfast ke. HAHAHA. Pastu on kan PC, then aku on kan TV pulak. Aku rasa hampa lepas tu sebab TV3 takda cerita katun. KENAPA AAA ??

Dah takda cite katun untuk ditonton, aku pun apa lagi buka la FACEBOOK. Tengok mana tahu ada notification baru ke kan *maklum la femes **perasan. Ahh memang ada, femes jugak aku rupanya :P Tengok-tengok, ala orang komen kat gambar orang lain je. Cehh ! Baru nak bangga. Lepas dalam sejam lebih tu, dapat massage dari Nas ke Shafiq ntah, berkata "weh kul 12.30 kumpul kat persatuan, ada main kompang jap lagi" aku pun reply "tapi ni hujan lagi kan" dapat reply "datang je lahh". Haihhh, orang nak rehat-rehat kat rumah pun tak senang la. Tapi takpa, atas dasar khidmat masyarakat, aku datang je r. Hujan pulak berhenti, macam tahu-tahu je orang nak buat kenduri hari ni. Main punye main, tangan aku pun dah sakit. Tapi takpa tahan laa, sikit je lagi. Tengah nyanyi time kompang tu, DJ dy tu pulak hulur mic dekat aku. Ahh, malu aku, nasib baik la suara aku sesedap suara Faizal Tahir *statement menggelabah. Lepas dah habis buat persembahan kompang, yeahh. Makan !! Lepas makan, balik.


Nas dengan muka bataknya :P
Safuan

Safuan gaya Bos !

Cari la mana satu pengatin



After that, kitorang rancang nak g CC nak battle game CS. Sampai CC aku ambil PC no 7. Wahh nombor ongg ! Tapi keybord dia je agak tidak ong ! Budus ! Abis kalah aku main game tu. Fedup aku ! Fizan bangga la tu. Konon hebat main. HAHA takde hal laa. Budak kecik je baru. Bagi can dulu !

PC yang konon nya Ong !

Nas dan Fizan Di belakang

AK-47

Shafiq di sebelah *sebelah lagi tu bukan geng, tapi rasanya adik Fatin tu


Lepas tu aku balik. Dalam pukul 5.30 tu pergi padang nak main bola. Yee, seperti yang aku jangka. Semua cerita pasal Argentina dengan Germany semalam. Haihh, weh bosan la. Tukar topik tak boleh ? :( Telinga aku panas je dengar. Tapi pastinya esok telinga aku akan lebih panas, dan lebih hangat daripada biasa !

Banyak betul main hari Ahad ni. Belajar sudah semestinya tidak ! Ishh aku ni. Nak jadi apa la besar nanti. HUHU Tapi tiga hari ni (Jumaat, Sabtu, Ahad) banyak betul memori baru tercipta. Ada yang seronok dan ada juga yang tak best langsung untuk diingati.

:)

04 July 2010

Adiós La Albiceleste :(


How could this happen ? Damn it ! Ahhh, tu je yang aku boleh cakap. Apa kes la Argentina kalah dengan Germany. Masa gol yang pertama tu takpe la. "ok fine, dorang tak panas badan lagi tu" pastu gol yang kedua, "hmm, boleh kejar lagi ni ", masuk gol ketiga "erkk ?" tak lama lepas tu gol keempat. Aku punya otak sudah blank dah tak boleh pikir apa dah *macam aku plak yang main.

Game play Argentina untuk kali ni punya match macam kureng la. Attackers semua harapkan Messi je untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Tapi agak susah bagi Messi untuk masuk ke bahagian pertahanan Germany sebab tiap kali bola melekat je dekat kaki Messi, mula la sorang dua masuk nak mark Si Messi ni *heyy give him some space laa. Bagi hantaran, takda siapa nak jaringkan.

Pertahanan Argentina kali ni juga dilihat agak kelam-kabut sikit. Ahh tak nak komen la, lagipun they've done their best right ? :) Cuma mungkin faktor strategi yang kurang menjadi adalah punca kepada kekalahan Argentina kepada Germany.

Akhir kata dari aku kepada kawan-kawan aku yang MACAM HARAM tu ; Argentina akan lebih mantap pada WORLD CUP 2014. Just wait and see.

Viva La Albiceleste !


Ohh ya. Kejap lagi pula perlawanan di antara Paraguay dan Spain. Kali ni aku berharap sangat-sangat agar pasukan Paraguay menang. Kalau Paraguay mengikut jejak Argentina juga, dah tiada sebab untuk aku menonton WORLD CUP 2010. huhuuu

Hmm, bila pula ya agaknya pasukan Malaysia akan ke Piala Dunia ?

03 July 2010

Brazil ohh Brazil


"Haaaah why is this happen ? OMG" Brazil kalah laa wehh. Apa Cerr ? Ntah apa-apa je Brazil ni, dah gol 1 takkan tak boleh nak kekal kan kot ? aiyooo ~ nak wat camne dah kalah, kalah tetap kalah. tapi aku perhatikan dalam match ni banyak gila "FOUL". Brazil pula Kepten dia kena kad merah. Banyak pula masalah. Haihh --" Dan akhirnya Brazil kalah juga disebabkan tandukan oleh Snjder. HUHUH Sedih pun ada juga sebab masa match ni aku sokong Brazil T.T


dengan berbekalkan motor E kali 5 Shah yang diisi dengan RM2
Zaid, Mamat, Nass
Zaini (tak nampak), Ayen, Shah
Dalam banyak-banyak ni muka aku takda. HUHU

Aku tengok match ni kat SALMA r *err, betul ke aku eja ? Tengok dengan kawan-kawan. HAHA seronok jugak, yela first time tengok dengan diorang *jambu dok umah. Kat sana aku order kat itu BOSS milo ais 2, aku satu shah satu. Aku belanja Shah sebab dia dah jadi driver aku arini. Pastu makan roti canai dia. SO-SO je laa roti canai dia *tu pun nak cerita Sebelum game start kitorang cerita-cerita la. Macam-macam cerita keluar, lawak-lawak bodoh pulak tu HAHA Punya la ramai orang kat situ --"

Tapi overall best laa. Seronok tengok dengan dorang :)

PEACE YA'LL !

01 July 2010

Falling Slowly

huaaaa. Im in loveee. Hari-hari aku perlu tengok dia, dengar suara dia. Kalau tak, hidup ni rasa cam tak sempurna je. Haihh. Why this happen to me ? OMG ! I can't live like this, aku mesti bagi tahu dia yang aku cintakan dia. HUHU tapi apakan daya diri ini. Dia yang ku maksudkan hanyalah seorang Gadis dari youtube.. Pergghh waa cakap sama lu suara + muka = PERFECT. Walaweyy ! Ni 1 antara video-video dia.
alangkah best kalau aku jadi mamat sebelah dia tu :P
Ok, cukup-cukup la menggalatal *SPM wehh !

Aku ni pun 1, SPM makin dekat, tapi makin malas pulak. Ahh, apahal laa aku ni. Dah puas kedua orang tua ku menyuruh ku study *ceh ayat. Tapi apakan daya diriku ini, penangan FACEBOOK lagi kuat. haihh. Nanti SPM nak dekat baru laa susah-susah nak study. Ngong betul laa.

Ahaaa, in the other hand. ARGENTINA & PARAGUAY layak ke suku akhir World Cup 2010. Argentina akan menentang Germany manakala Paraguay akan menentang Spain. Wahh, its gonna be HOT ! Dekat sekolah dah mula start perang bola antara Aku(ARGENTINA), Zaini(GERMANY), Hakim(SPAIN), Nass( BELANDA). Jabar pulak sokong Argentina, mula-mula sokong England, tapi England dah kalah jadi dia pun beralih arah. HAHA

AKU VS ZAINI
AKU VS HAKIM

Siapa laa bakal menang ini Cawan (Cup)

Viva La Albiceleste. Viva La Albirroja
peace ya'll !